Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 3, 2015

entri pujuk hati

tersenyumlah... bertawalah 
andai itu bisa membuat orang disekeliling mu bahagia...
meski di dalam hati memendam luka... 
walau dilubuk hati kau derita...

bukankan selama ini memang kau lali diluka... apalah sangat dengan yang kali ini..
maafkan saja.. lupakan semua.. esok lusa pasti kau lupa...

penat... jenuh pujuk hati untuk menulis yang manis-manis aja.. untuk cerita yang bahagia semata, mungkin aku terlupa hidup ini ada pasang, ada surutnya.. ada tawa, ada dukanya..

salam 16 ramadhan.. salam jumaat... hari ni kalau ikut kalendar islam genap 15 tahun abah pergi.. rasa baru semalam bersahur, berbuka di wad ICU hospital besar melaka... sudah 15 kali ramadhan tanpa gelak tawa arwah abah.... demi Allah rindu nya tak terhitung.. Al-fatihah...

Thursday, June 25, 2015

Update blog

Alhamdulillah... Dari pagi tadi duk godek-godek blog ni... Misi cuci blog dah selesai... Banyak juga entry terpaksa aku simpan dalam folder draf, nak delete sayang pulak... Sesekali kalau rindu bole jugak la bukak kan

Misi cuci yang aku cakap tu adalah melupuskan semua entry yang dalamnya ada gambar aku tak bertudung.... Alhamdulillah bertahun cuba nk ingat email and password blog ni, dapat jugak tunaikan hajat di hati...

Rasa tenang...

Musim bunga dah nk ujung-ujung ni, meh nak tepek pix









Wednesday, June 24, 2015

Bertahun menyepi

Assalamualaikum...

Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan salam ramadhan almubarak...

Bertahun lamanya tak menulis... Masih ada lagikah yang akan membaca... Alhamdulillah life semakin baik... Walau masih berdua.. Ya kami masih berdua... Masih belum punya cahayamata...

Sudah enam tahun usianya... Syukur ya Allah kami masih kuat... Masih setia bersama.tentang usaha, sebenarnya dah bertahun aku berhenti dari berulang alik ke rumah putih tapi demi Allah aku tidak pernah berhenti dari berusaha... Berhenti dari memasang angan-angan punya zuriat sendiri. Apatah lagi berdoa... Aku yakin DIA punya rancangan dan aturan yang jauh lebih indah dari impian dan anganan aku.

Dah... Dah tak nak la sedeh- sedeh... Meh nak cerita sekarang ni aku ade kat negara orang, dah sembilan bulan dah pon... Lagi 3 bulan je nak balik malaysia... Alhamdulillah Allah bagi rezeki lain dulu kat kami.. Dapat jugak la aku merasa duduk kat negara orang. Aku ke sini sebab temankan mr hubby sambung buat master... 

Ok nak belanja pix dulu la 




Dah sembilan bulan duduk kat negara orang ni Alhamdulillah bersyukur sangat semuanya ok dan baik-baik aja. Masa mula-mula sampai dulu je aku rasa stress tak tahan dengan cuaca... Ye la aku ni tak tahan sejuk, sekali sampai ngam2 pulak tu nak masuk winter... Memang meroyan sekejap la jawabnya.

Ok la later kite story mory lagi... Dah pukul 5.30pm ni nak masuk dapur, nak start masak untuk juadah berbuka puasa pulak, almaklumlah sekarang dah jadi fully housewife kan. 

InsyaAllah kalau ada masa free bole la update lagi blog ni.. Jangan ingat jadi fully housewife ni keje goyang kaki aje ye.. 😁😁😁


-salam sayang-
Mrs rahim

Thursday, June 7, 2012

lucrin

Assalamualaikum...

agak lama tak tulis pape kat blog ni.. agak-agak dah bersawang.. sarang lelabah disini sana..

Hari tu lepas operation doc ada cakap nak cucuk aku dengan lucrin.. nak sekat period aku dari keluar, next week 13hb masuk kali ke tiga aku disuntik dengan bende alah tu.... aku tahu ramai kawan TTC dah sedia tahu ape tu lucrin.. tapi tak pe la aku post jugak kat blog aku ni, mane tahu masih ada yang belum tahu kan :) sharing is caring tak gitu..



pix credit 2 mr gugel



Apakah Lucrin Depot ?
Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik.

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?
Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?
Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?
Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?
Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah  kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?
Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?
Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?
Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih.

Kesan ini hanya sementara dan akan pulih sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

*Info aku dapat dari hasil gugel*

Antara kesan-kesan yang aku rasa buat masa ni adalah tahap kepanasan badan, kalau dulu aku ni memang tak tahan sejuk, sejuk sikit pon aku mengigil.. tapi sekarang lepas mandi pon aku berpeluh.. aircon pasang pon aku tetap mahu cari kipas.. Alhamdulillah kulit muka buat masa ni tak de pulak naik jerawat. Mood juga masih seperti biasa.. bole gurau tepuk tampar lagi haha.. cumanya masalah kekeringan tu sangat ada.. tak payah pakai panty liner pon.. maha kering... cepat la empat bulan berlalu...

Apa pun aku tetap bersyukur.. mungkin itu yang terbaik untuk aku.. pejam mata senyum.. anggap saja tu satu dugaan indah dalam hidup... :)

Wednesday, May 16, 2012

case summary

Assalamualaikum... selamat hari rabu...

hari tu aku ade cakap nak hapdet summary case aku sepanjang buat treatment kat HUKM kan... 

ni aku salin je la eyh.. mane tahu bole jadi rujukan pada kawan-kawan..

1. Primary subfertility x 3 years secondary to Endometriosis and Oligospermia

Referred from Babdar Seri Putra Kajang for primary subfertility in 04/2011. Patient has been married for 2 years at the time, staying together with husband, and having regular sexual intercourse and was not on any contraceptions. Both patient and husband was investigated :-

HSG (14/06/2011) : Patent fallopian tubes bilaterally
Ovulatary HGS : Day 21 Progesterone - 9.6nmol/L (anovolutary)
Alfa-Fetoprotein : 99.34 (Increase)

She has complete 5 cycle of clomid : 50mg x 1 and 100mg x 4

Latest Scan on 28/03/2012
- Ovary : Right Cyst - Solid area with multiseptate noted (3.8x4cm)
- Uterine Fibroid - 3x2.5cm

Evisceration and Adhesiolysis with Myomectomy and left Ovarian Plication was done on 12/04/2012
Pre-op Diagnosis : Primary subfertelity x 3 years secaodary to endometriosis
Post-op Diagnosis : Left endometrioma with endometriosis stage 2 with uterine fibroid

Intra-op Findings :
-Peritoneal cavity normal
- Right Ovary normal size 2x2cm kissing with left endometrioma 5x4cm - multiloculated containing chocolate material, embedded posterior to uterus.
- Both tube are normal, free but delayed spillage on the right side, normal spillage seen on the left side, both tubes are adhered posteriorly to POD.
- Uterus at 8/52 size, Anteverted, noted subserosal fibroid 3x4cm at anterior uterus - Myomectomy done.
- Liver, bowels and amentum - normal.
- Uterosacral not thickened.
- POD not obliterated.
- Left Ovary plicated to posterior or uterus.
- EBL : 300ml

* IM Lucrin 375mg for 6 cycle.

Ok kawan-kawan ni report yang doc bagi sebelum keluar hospital hari tu.... tapi aku terkejut jugak sebab kat report tu doc tulis uterus aku ANTEVERTED, sebab sebelum ni doc cakap rahim aku retroverted... bulan 7 appointment ngan doc akan ku tanya...


Sunday, May 6, 2012

Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

dah tiga minggu berlalu... tapi entry pasal pengalaman masuk dewan operasi masih tak dihapdet...
minta ampun kawan-kawan.. entry tersadai dalam draft entry...

nak tunggu masuk kerja la kot baru di hapdet.. entah kenapa mood semasa MC ni tak menjadi la nak buat entry pape...malas memanjang...

pape pon.. syukur Alhamdulillah segalanya telah selamat... amin.. terima kasih untuk doa kalian semua..

p/s : ada dapat case summany from doc ni.. nnti daku haplod sini ye... bole share masalah dengan kawan2..

Wednesday, April 4, 2012

confirm sudah..


Assalamualaikum...

sudah confirm 12/04/12 hari operation.. tp sikit aje kot.. doc mohan bole pulak tak datang hari ni.. dah la banyak benda nak tanya.. tak ape, esok pagi call saja tanya A to Z..

mohon kawan-kawan doakan saya ye... terima kasih..