Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 26, 2008

jalan-jalan

cuti christmas semalam aku dah daddy gunakan sepenuhnya untuk settlekan pasal kad kawen kami... aku n daddy pegi walk in to Lh creative tuk tengok n pegang sendiri kad kat sana. ermmm sangat banyak card sampai pening nak pilih...aku plak tgah period pain so nak pilih pon agak malas n tak berapa nak ade mood time tu... tapi daddy sangat memahami dah kami telah memutuskan untuk amik dah order saje kat LH creative ni lagi pon bersesuaian dengan budget jugak, terkurang lagi...

nampak daddy sangat happy semalam n tak sia2 jugak kami walkin ke sana sebab hasilnya sangat best dan sangat best untuk aku sebab bole dapat hand phone baru.. kan daddy ( terima kaseh) heheh so plan kami untuk order on-line with kadkahwinku.com sama sekali tak jadi....





Lepas settle pasal card kawen cam beser, aku sangat lapar so kami ke mid valley tuk carik makan... kami makan TEPPAYAKI tengahari tu... seingat aku la tiap2 minggu sure kami akan makan TEPPAYAKI... aku dah cam ketagih makan bende alah tu nyum..nyum... selera kami sama... pas makan aku tengok christmas celebration time jalan2 tu aku telah terjumpa bedsheet set yang murah kat harvey norman n aku dah beli pon tapi tak pe bedsheet tu untuk kawen nanti so lagi satu bende dah settle tak payah nak pening-pening kepala nak fikir nanti...



Monday, December 22, 2008

untuk daddy....

  • Sorry kerana malam tadi sye telah melukakan hati kamu....
  • Sorry kerana malam tadi sye telah macam2 dengan kamu...
  • sorry kerana malam tadi sye telah buat kamu pening kerana kamu trpaksa berfikir kenapa tiba2 saya jadi gile tak tentu pasal
  • Sorry kerana sye dah buat kamu susah hati risaukan tentang saya
  • sorry kerana sye menangis tiba2 depan kamu sebabnye sye terlalu rindukan kamu
  • sorry kerana jawapan "sye nak kawen ngan kamu" tu saye jawab macam nak tak nak je
  • sorry kerana sye selalu tak memahami kamu
  • sorry kerana sye selalu degil tak mo ikut cakap u
  • sorry kerana sye tak mahu kamu pimpin tangan sye time kite jalan2 malam tadi
  • sorry kerana sye tak hargai rm50 yang kamu bagi tu
  • sorry kerana sye dah spoiltkan mood kamu pagi-pagi tadi
  • sorry kerana kadang-kadang sye cakap sye menci kamu.... sebenarnya sye tipu sye sygkan kamu sgt2... bodokan sye
  • sorry banyak-banyak kerana sye memang tak sempurna

Ku Tak Bisa Menebak

Ku Tak Bisa Membaca

Tentang KamuTentang Kamu

Kau Buat Ku Bertanya

Slalu Dalam Hatiku

Tentang Kamu

Tentang Kamu

Bagaimana Bila Akhirnya Ku Cinta Kau

Dari Kekuranganmu Hingga Lebihmu

Bagaimana Bila Semua Benar Terjadi

Mungkin Inilah Yang Terindah

Begitu Banyak Bintang

Seperti Pertanyaanku

Tentang Kamu

Tentang Kamu

Thursday, December 18, 2008

abg soljah sayang


hohoho sangat POYO aku rasa mamat nih.... tapi aku sangat chenta
dia...

* tapi jangan salah anggap ni picture time daddy dalam module tentera... tunang sye bukan soljah... bukan...

percubaan pertama

semalam semangat berkobar-kobar nak memasak aku datang... balik je keje aku terus siap-siap ke dapur. menu aku petang tu ASAM PEDAS la ape lagi memandangkan itu masakan favourite daddy so aku dengan ikhlas hati nye bertekad nak belajar wat asam pedas ni, nak masak cam mane mak daddy buat... tapi memang asam pedas mak daddy tu tersangat la bestnye... tapi mak aku masak pon best jugak hehe... hasil nya ermmm asam aku terlebey sudah tapi still best okeh tu anak buah aku yang cakap... skang aku dah bertukar hobi la plak asal ade masa je aku sure nak gi dapur.. seronok rupanya memasak ni... lagi seronok kalo orang yang kite sayang n cinta maakkaaannn..... sangat terharu...

resepi aku petang tu... asam pedas ikan kembung (agaknye la sebab aku tak berapa cam la spesis ikan ni) bahan-bahannya adalah


  • ikan kembung
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili blend
  • serai
  • daun kesum
  • kacang bendi
  • tomato
  • dan yang paling penting air asam jawa
  • kalo nak letak belacan pun bole tapi disebabkan rumah aku tak de belacan aku x letak pon
  • jangan lupa garam secukup rasa
dan hasil nya

Wednesday, December 10, 2008

hanya ingin kau tahu

ku tlah miliki
rasa indahnya perihku
rasa hancurnya harapku
melepas cintaku
rasakan abadi
sekalipun kau mengerti
sekalipun kau pahami
kufikir kusalah mengertimu
oohh.. aku hanya ingin kau tahu
besarnya cintaku, tingginya hayalku bersamamu
tuk lalui waktu yang tersisa kini
di setiap hariku disisa akhir nafas hidupku
walaupun semua
hanya ada dalam mimpiku
hanya ada dalam anganku
kulewati itu
--------------------------------------------------------------------
best lagu republik ni... besernye aku akan dengar lagu ni time aku sedey.. time daddy buat aku sangat sedey.. bila aku rasa diri aku tak pernah dihargai..bila aku rasa sangat-sangat kecewa... sangat-sangat terluka...bila semua ape yang aku korbankan daddy tak pernah nampak...
aku gado lagi ngan dady malam tadi... sangat terluka dengan semo kata2 d yang buat aku banyak berfikir.. berkali-kali jugak aku yakinkan hati n diri sendiri... daddy yang paling terbaik untuk aku...sayu je kalo dengar n hayati lirik lagu 'hanya ingin kau tahu' ni..... betul ke aku ni suka buat orang sakit hati??? nape d tak pernah nak faham aku nape tak pernah nak tahu segala apa yang aku buat tu semonya untuk relationship kami
" I xfaham np u camnih....Nk angin jer...fine la u.. If u nak cam ni ok la..."
time daddy marah aku tu aku dah tak mampu nak tahan airmata ni... memang aku dah nekad tuk jadi lebih kuat dari dulu tak nak lagi jadi sue yang lemah...tapi aku tak mampu nak tahan airmata ni sebab dengan airmata ni je la aku bole lepaskan segalanya...betul ke aku memang tak memahami d selama ni... tak pernah ambil berat pasal keje daddy.....daddy cakap aku EGO...Ego ke aku selama ni... bukan kah aku yang selalu beralah??? bukan kah aku yang selalu menjaga hati daddy...bukan ke aku yang selalu turutkan segala ape yang dia mahukan..... time ni aku rasa sangat letih... tak mampu lagi nak ingat sape2... tak mahu nak fikir semua....
kalau la daddy rasa ape yang aku rasa time ni.....aku sangat sayangkan dia... tak pernah aku sebahagia ini.... dan aku tak nak terluka lagi... salahkah aku terlalu menyayangi dirinya... aku rasa ada baiknya kalo aku mendiamkan diri waktu ni... sorry daddy bukan i tak sayang u... cume harap u bole bagi i masa... im so sory

Tuesday, December 2, 2008

sakit kepala

pagi ni aku sampai awal kat opis n aku rasa selama enam bulan mungkin aku kene bangun awal hehe bukan ape anak sedara aku dah duduk ngan aku sekarang 'kakak' dia baru dapat keje kat klinik bawah ni... biar lah selain dari mengisi masa lapang dia sementara nak menunggu result SPM keluar aku sengaja nak dia merasa macam mane susahnya nak dapat duit sekurang-kurangnya dia dah ade pengalaman nanti...

lately ni aku selalu sakit kepala... malam tadi tido pun tak lena kepala aku sakit bangaaatttt ermmm ntah la mungkin terlalu banyak bende yang aku fikir... memang banyak pun perkara yang bersarang kat kepala aku ni.. pasal keje pasal semo-semo... wekend ni aku diarahkan ikut daddy balik JB hehehe tapi aku tak kisah sangat akan arahan tu semonya aku lakukan untuk make sure daddy sampai JB selamat... aku sangat risau kalo daddy drive sengsorang daddy cepat mengantuk kalo aku ade bole gak tukar-tukar drive.. daddy penat, kesian dia...

hope bila kat JB nanti aku ade masa nak jupe kazen aku puan sally... last wekend aku dapat borak skejap je ngan dia tak sempat pun nak melepaskan rindu hehehe.... tapi ade ke masa??? ermmmmm semestinya masa aku sangat terhad kat sana ye la aku balik pun sehari jeh tu pon nak kasik settle semo pasal wedding nanti nak kene g try baju bagai... rindunya kat kazen aku tu..... banyak bende nak mengadu wooooo.....

pening lagi..... pening lagi..... rasanya mungkin sebab aku tukar lens baru kot.... ke sbb rabun aku dah banyak tapi aku still pakai spec yang power sikit neh.... pening... pening...

Monday, November 24, 2008

selamat pagi cinta

Semalam aku g One Utama... pegi beli barang dapur... saje nak penuhkan freeze hehe cam beser aku beli semo barang makan tuk usaha berdiet aku, beli barang daddy sekali...

"selamat pagi cinta" ingatkan cite tu hebat sangat la.. rupanya indah pelakon dari jalan cite... tak macam filem cinta or sepi... jalan cite pon ntah pape cuma aku sangat suka ngn sajak yang azam bagi kat suci tu... sangat mendalam maksudnye. Cam beser pas abih cite kene bahan la aku ngan dady sebabnye cite tu tak lah best sangat cam yang aku ceritakan kaT daddy... sampai tetido kat dalam cinema mamat tu...

cite pasal tido... aku tak amik hati sangat pon sebab aku tau daddy memang penat sebab dah 2 weeks dia keje berat tak tido semo.... tgok je la daddy sekarang... kepala dah botak+kulit dah itam cam sutun kurita farah yang cakap okeh... hehe tak kisah sape pon dia n ape pun keadaannya aku tetap bole menerima InsyaAllah



sinopsis "selamat pagi cinta"


SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita dek kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku.
Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat


Trailer Filem Selamat Pagi Cinta

Tuesday, November 18, 2008

tajuk ape ek...

Ermmm susah la pulak nak lelapkan mata malam ni…. Mujur laptop dady ade pada aku bole la aku menconteng dari rumah…esok aku upload je… sekejap tadi bos aku mrs R call walaupun aku dengar ringtone bittersweet tu dok menyanyi tp aku buat bodoh je, sengaja aku x angkat… bukan ape aku tak sanggup dah nak dengar keluhan hati dia… sedih tu satu hal tapi aku ni seorang yang suka memikirkan prolem orang tu akan jadik ka batang idung aku sendiri maka… nnti tunggang langgang lah kepala hotak aku, mangsanya mcm beser la tunang terchenta hehehe.. tak pasal-pasal pulak dia yg kene soal soalan bongok aku kang….

Cakap pasal tunang terchenta ni semalam 16hb bermakna dah 3 bulan aku menjadi tunangan daddy…Alhamdulillah semo dugaan kami hadapi bersama secara cool tapi cool ke aku??? huhu dah 2 hari tak dengar suara daddy..windu lagi..hari-hari sye akan tetap rindukan dia…pas module tentera ni harap daddy tak pegi jauh lagi… dan aku akan tetap menjalankan rutin mingguan aku..menjadi pusat dobi bergerak tuk daddy… bagi service terbaek punyooo tapi untuk daddy sye saje…. Cam tu la life aku skang, besernye sabtu petang aku akan pegi INTAN tuk amik baju kotor daddy, tengah hari esoknye pulak aku dah kene iron n hantar semo baju tu pada daddy semula…. Agak penat tapi tak mengapa sebab pada aku tu je cara aku nak membantu daddy selain aku duk menunggu dengan penuh setia kat sini.lagi pun bole practice sekali hehe. lagi bape bulan ek..lamenya….

Pasal preparation for our big day pulak… aku dah bayar booking untuk kedua photographer tu… untuk majlis kat Melaka aku amik shah from shahkasahias, ok la pakej dia picture pon cantik dan yang paling penting bersesuaian dengan budget aku n untuk majlis daddy kat JB kami dah booked arazs razwill ermm photographer ni pon superb gak pandai edit picture. So pasal photographer aku anggap dah settle n tak nak pusing-pusing kepala lagi…. Tadi pun mona dah SMS aku no account dia n aku dan decide tuk guna khidmat Mona aka SHIDI ni tuk jadi makeup artis aku… sebabnya aku dah tengok dia makeupkan kazen aku dulu sangat okeh… time tu aku mmg dah ckp dalam hati “kalo aku kawen nanti, aku nak dia yang make upkan aku” haha siapa sangka tak sampai setahun kazen aku tu kawen aku dah sambar si mona NOX ni…. Tapi dia ni bukan sebarang NOX okeh…

Ermmmm gantok la pulak… rasanya sangat elok kalo aku tido skang… lagi pon SMS yang aku hantar kat daddy dah delivered dan itu bermakna dia dah terima sms rindu aku tu…ermmm opsss dady call…. Hehehe aku tau daddy pon windu kat aku mcm mane aku windu kat dia… thanks daddy kamulah yang terbaik untuk sye… sayang kamu sangat2… n harap aku dapat tido lena malam ni dan mimpi yang indah juge….. dengar lagu REPUBLICK JAP “HANYA INGIN KAU TAHU” besh2

entry malam ni... tak tau nak letak tajuk ape... ape-ape saje lah...

Thursday, November 6, 2008

L U C K Y


Do you hear me?
I'm talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my and baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I wait for you, I promise you I will
Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
OhhhohhhohhhohhohhohhhohhOhhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

LOVE U BEBEH

Tuesday, November 4, 2008

Dugaan

pagi yang sangat penat....ermm kaki aku still lenguh padah berjalan sakan last weekend tp nak buat cane dah sendiri kene la cari aktiviti sendiri tuk hilang kan kebosanan... hari sabtu aku g Jusco cheras selatan sorang je beb hahah n memang selama ni aku sorang-sorang pooonnnn... nak kate xde orang sayang aku... aku rasa ade tapi... ntah la kadang kadang kan aku ni terlalu nak kan perhatian banyak sangat sampaikan orang yang sayang aku tu dah tak terlayan kooottt nasib la...

hari ahad...tu la dugaan cam tajuk blog aku ni... aku ni suka cari gaduh kan...ye la sian aku tgok dady tak pasal-pasal hari tu aku perang dingin ngan dia......tp memang harus pon aku geram sangat kat dady tp la kan aku sendiri pon tak tau sbb n kerana ape aku geram sangat kat dia, lalu... terjadi la pergaduhan yag agak besar jugak lah aku rasa...pergaduhan yang sangat 'bongok' tp at least aku dah tau dady cam mane....da tau dia punya merajuk macam mane tp aku still bole control rajuk dia tu... sgt senang deh nak wat dia senyum balik... gelak je besar2 sure dia pon join gelak nnti...n itu la sebab n kerana ape aku saaayaaanngggg sangat kat dady...heheh

tp kaki aku stilll sakit... sakiiitttt aku tak mo dah pakai heels kalo shopping x naakkkkk!!!ermmm rasa lega sbb dah beli cincin tuk dady...tuk our big day nnti.. dady pon dah beli cincin tuk aku jgk...sgt suwit... hope bila dah ade serba sedikit preparation tuk our big day, kami akan kuat tuk tempuh semo dugaan...memang tak dinafikan "alam bertunang ni memang banyak dugaan.."

untuk daddy kalo kamu hitam pon tak mengapa... sye tetap chenta kamu..... always luv u daddy

daddy yang tulis ni untuk sye...thanks dady kamu sangat lomentikk


" bertemu dgnmu dan mencintai dirimu adalah takdir..
Takdir Jua yang mengajar erti sebuah
Tanggungjawab,kesabaran,kejujuran dan kasih sayang

yakinlah pada setiap pertemuan itu ada hikmah

hikmah yang perlu kita renungkan

Menyayangimu,Menikahi dirimu, hidup bersamamu adalah matlamatku

aku amat menyayangi diri mu..."

nyum...nyummm

Tuesday, October 14, 2008

Jauh...

semalam yg sangat sedih.... dah lama aku tak menconteng kat dalam blog ni.dah hampir 2 minggu aku bekerja selepas cuti panjang hari raya...semangat tuk bekerja tetiba lak menjadi 100% ye la aku sekarang giat untuk mengumpul duit, seronok rasanya raya dah lepas n skang aku bole la fokus tuk my BIG DAY ... biar pon agak lama lagi masanya tapi aku nak ambil langkah selamat.. x nak buat last minute

ermmm semalam dady dah start DPA..malam tadi h/p aku sunyi jeh tak ade yang call melain kan boss aku 'pak leh' ape lagi, sibuk duk tanye pasal payment... bila daddy tak call ni, baru aku terasa..tengah ari semalam dady ade call .."baby jap g i nak kene g camping kat bukit Cherakah mayb xde line kat sana dady x dapat call nnti, tp dady akan selalu ingat kat baby"... tetiba lak mata aku ni bergenang.. sekarang baru aku dapat rasakan betapa penting dan bermaknanya dady kat dalam kehidupan aku... selalunya kalo dia asyik call mesti aku merungut...ye la asyik call je kadang2 aku rasa rimas lak... but now... kalo la aku dapat cakap ngan dady time ni.. aku nak bagi tau dia yang aku sgt2 sygkan dia dan tak nak ade sape2 pon yang amik dia dari aku...sambil jari aku duk sibuk mendail dady.. padahal aku tau memamg tak kan dapat... rindunya kat dady...baru sehari daddy g DPA.. ade 6 bulan lebih lagi dia kat sana... pastinya aku akan selalu merinduinya...

Rasanya aku belum pun wish "Selamat Hari Raya Aidilfitri" maaf zahir dan batin...untuk Mr F thanks kerana telah memaafkan segala dosa aku.aku pon dah lame maafkan dia 0-0 keh.

bila tgok pix ni rasa rindu sgt2 kat dady




Thanks dady 'cute kan'

Friday, September 12, 2008

pRoblem memanjang....



Problem.... ermmm lately ni aku banyak sangat masalah... macam2 n paling aku pening bende2 yang melibatkan financial ni...ujung bulan ni roadtax mati, dah la nak raya pulak tu pening... pening... Hari ni dah 12 haribulan gaji aku still tak masuk2 g... tension + geram betul la... bila tension2 cam ni mula la orang yang tak ade kene mengene pon kene gak tempias...
sehari dua ni mood aku tak menentu berangin je cam cuaca skang asyik ujan memanjang..harap sangat orang di sekeliling aku faham.. aku sangat tension sekarang teramat la serabut kepala otak aku neh...

Duduk kat opis pon dah xde semangat memandangkan imbuhan sebulan bekerja aku still xdek, knp la boss aku macam gini... kalo nak bukak cawangan lain pon jangan la menyusahkan aku... menyusah kan staff lain yg dah ade anak bini... bongok betul xade otak ke hape nak pikir...bukak cawangan tu kalo bukak company lain tak ape jugak ni tak menambah beban adelah... sangat buta itu pompuan ##x!!!+++ kalo aku jupe dia aku maki2 memang tak ade perasaan amik hak orang... yang boss aku ni pon ngok jugak

sepanjang hari ni aku sedapkan telinga dengan mendengar ayat2 suci al-quran.. aku dengar orang mengaji sejuk sikit hati aku yg tengah panas ni...bulan puasa tahun ni aku x rasa pon penat or lapar padahal aku tak bangun sahur pon... makan pon sekali jeh sehari tu pon ade gak orang cakap aku ni GEMOKKKK lagi... x paham aku okey... hari2 aku dok pegi pasar ramadhan kat bawah opis ni dah naik busan aku tengok semo bende... balik rumah pon bukan ade ape... kehidupan seharian aku yang sangat busan... bertambah2 busan... jauh dari kawan2, dari family..jauh dari org terchenta...

Kebosanan yang terlampau...tension lagi... benciii

Thursday, September 11, 2008

terujeeee

Assalamualaikum...berpuasa? saya berpuase...

ekceli aku bukan sorg blogger yang aktiv, aku hanya seorg insan yang telah diarahkan oleh orang tersayang untuk menhapdet kan blog neh....(kire mcm terpakse gak nehh,kang merajuk pulak..hehehe)..ape2 aku sentiase akur dengan arahan memandangkan aku neh mmg insan yang amik dedikasi terhadap arahan....(padahal aku ngah mengular nehh)....

ok la, aku teruje sbb xlame lagi nak raya..memadangkan aku belom pernah ponteng puase atau minum air sirap secara senyap tatkala matahari belum terbenam..aku rase aku layak untuk bergembire pada Syawal nant...hehhee..lagi tambah teruje pas neh aku kursus selama 1/2 tahun...(kire tempoh untuk membaiki kekhilafan diri)...dan YANG PALING teruje..aku nak bernikah soon!! Org cakap kawen best..ntah aku blom cube try test...hehehhe

memandangkan ade tugasan, aku nak sign out dulu...renung2kan dan selamat beramal!! :)

-aiem-

Friday, September 5, 2008

Ramadhan Al Mubarak

hampir seminggu bulan mulia ini tiba....
Allhamdulillah semuanya aku lalui dengan penuh harapan semoga ramadan kali ini penuh makna agar dapat aku lalui dengan sempurna...

Tahun ni aku puasa sendirian... tanpa teman2 jauh sekali keluarga.... namun aku pasti walau sejauh mana pon orang-orang kesayangan aku berada aku yakin jiwa dan hati kami tetap dekat.... Sudah pasti Ramadan kali ini akan aku tempuh dengan pelbagai ujian serta dugaan yg bakal mengusik perasaan...

Dah hampir lapan tahun Ramadan aku sambut tanpa insan bergelar 'abah' dan semenjak itulah pada aku puasa dah tak macam dulu-dulu...seronok tu x macam time arwah ABAH ade dulu... kesian mak puasa sorang-sorang kat kampung... Tuhan nak menguji aku tahun ni... see aku pun puasa sorang-sorang jugak... mungkin DIA mahu aku merasa macam mane perasaan mak yang dah hampir lapan tahun menunaikan puasa sendirian......Aku harap mak akan lebih tabah dan kuat....

Menunaikan puasa sendirian ni banyak buat aku ni EMO.... kadang-kadang time azan berkumandang tiba-tiba je air mata kau ni jatuh... sedih seh... berbuka sendirian... sahur pon sendirian (aku bukan selalu bangun pon) nak suap nasi tu pon aku teringat kat mak...."apela mak makan time ni"..... pada aku mak segalanya.... petang-petang pas office hour aku g bazar ramadhan sorang-sorang lagi... arghhhh dah tak sanggup rasanya aku sendiri cam gini... bole jadik giler... tp aku tahu sejauh mana pun TUHAN menguji hambanya.... DIA tetap menguji setahap mana kemampuan kita... harap puasa tahun depan aku tak kesorangan lagi......InsyaAllah...

P/S : Buat sahabat... teman tapi mesra..hehehe, family... ermmm EX2 BF aku... dan sape2 la ampunkan segala salah dan silap... aku tau mulut lazer aku ni selalu lukakan ati orang... Tuk Dady juge... sayang kamu Sangat..




Friday, August 22, 2008

kebosanan sudah

dah lama x tulis blog ni, bukan ape susah sebenarnya aku nak cari ilham nak menulis, aku ni bukan lah teror sangat dalam bab tulis menulis ni... teringat aku kat fauzi... dia penah cakap kat aku "ala orang yang tulis blog ni xde life ye la semo perasaan nak share ngan orang" mmm ade ke patut dia cakap macam tu tp pada aku ape yg aku tulis bukan bermakna aku tak ade kehidupan aku sendiri lagi pon bukan semo kita nak kongsi.. rahsia tetap rahsia ape daaaa

hari jumaat selalunya aku memang tak ade mood dah nak kejooo almaklumlah kepala ni dok pikir tilam bantal kat umah bestnye dapat tido lame2 zzzzz huhuhu. tapi malam ni aku ikut DEAR balik JB mmmm sebenarnya aku malu+segan nak ikut DEAR tapi bila tanye mak, mak pon suh aku ikut katanye nak suh aku beramah mesra ngn family DEAR... aku bukan ape kang aku jadi batu dok keras je time aku jupe family DEAR tu... tak pasal-pasal dorang cakap aku sumbung pulak nanti. tapi... tak ape la aku pon sebenarnya jenis yang banyak cakap cuma aku susah nak bercakap bila orang yang aku jupe tu pon x banyak cakap hohohoho


Dah seminggu bergelar tunangan orang ni cam biasa je aku rasa... ramai gak yang tanye "ape ko rasa dah jadi tunangan orang ni??" jawapannya..... serooooonnooookkk la beb aku tak penah aku rasa ade orang care macam ni... sayang sangat deh DEAR kat aku... tiap pagi ade orang kejut....tiap malam ade orang wish gud nite.... setiap masa ade orang ingatkan aku pada kewajipan lima waktu aku....n paling penting aku dah tak payah susah-susah untuk mencari lagi... aku dah tau DEAR orangnya... hanya DEAR...pasti DEAR...

Syukur semuanya dah selesai Alhamdulillah semoga keluarga DEAR bole menerima aku seadanya.... kat bawah ni ade beberapa pix pertunangn aku tempoh hari... 160808 (08 + 08 = 16)


Thursday, August 14, 2008

Doa Untuk Cinta










Bingkisan Doa.





Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Wednesday, August 13, 2008

hari baru

Pertama kali tulis blog ni... aku tak la pandai sangat dalam bidang penulisan ni tapi aku cuba jgak...mmm hari ni hari terakhir aku bekerja dalam minggu ni.Esok aku dah mula bercuti, tapi hari ni mood nak bekerja tu mmg xde lansung rasa malas la nak buat keje kepala ni dah dok ingat kat kampung halaman terchenta je... cam ne la persiapan dorang tuk majlis aku sabtu ni hehe...

harap semuanya akan berjalan dengan lancar... majlis yg aku maksudkan tu adalah majlis pertunangan aku.... rasa pantas je semuanya jadi.tak sngka aku dah nak jadi tunangan orang dan aku pasti ramai kawan2 dan saudara mara terkejut dengan berita ni huhu... ye la aku ni kawan punya la ramai sampai dorang tak tahu siapa bf aku yang sebenar....tup2 tau-tau je aku dah nak kene ikat haha...tapi pada aku ape pon yang akan mereka katakan aku dah tak ambil kisah sebabnya aku dah dapat apa yang aku mahukan selama ni...chenta hati yang amat memahami....

Aku sangat bersyukur kerana Tuhan dah temukan aku dengan seorang yg sangat memahami... dah sekarang baru aku sedar kenapa selama ni Tuhan selalu uji aku dengan kesedihan sebabnya Tuhan nak beri aku hadiah....hadiah yang tak ternilai harganya...yang tak mampu aku beli dengan berjuta... juta wang pon... hadiah tu chenta hati aku la Abd Rahim Md Jamil... syukur alhamdulillah....

Untuk Dady... Terima kasih kerana menerima aku apa adanya...

- Terima Kasih Cinta By Afgan -
Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta
untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan