Kurang lagi satu jam kita akan berganjak ke tahun baru 2011... gila cepat masa mengejar kita.. 2010 tahun cabaran buat aku.. tahun dugaan... namun tak tinggal juga tahun kebahagiaan...Alhamdulillah hidup masih dalam rukun kebahagiaan walau kadang-kadang bergelora jugak di tengah-tengah jalan.. 2010 tahun kematangan...tahun semangat.. tahun pengharapan.. walau banyak yang masih belum tercapai tapi Alhamdulillah aku tetap redha dan amat bersyukur dengan setiap duggan yang Allah berikan pada aku..walaupun tak seindah yang aku dambakan tak sepuas ape yang aku inginkan...kerana di celah-celah kekecewaan itu membuatkan aku lebih tabah bersemangat dan terus kuat...
2011 juga aku harap kematangan aku akan lebih.... aku mahu selalu memuhasabahkan diri, mahu terus bersemangat, mahu terus memperbaiki segala kekurangan...tak nak selalu marah-marah lagi.. mahu jadi seorang yang sabar.. InsyaAllah... Harapan aku semoga 2011 akan menjadi tahun terindah buat aku dah semua... Tahun yang penuh dengan keberkatan...amin...
Selamat Tahun Baru semua... Semoga semuanya akan baik-baik sahaja....