Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 28, 2009

sabar menunggu...

dah lama tak bercerita...ape pon selamat berpuasa kepada semua blogers, kepala ade agak pening-pening sedikit dah hampir seminggu bangun awal menyediakan sahur untuk suami terchenta walaupon aku akui pertama kali aku menjalankan tanggungjawab itu aku hampir kandas hampir mengalirkan air mata... hehehe dulu time bujang sahur time aku pukul 11.30 malam, awal pagi sedang orang lain sibuk bersahur aku syok diulit mimpi,saat yang tak munggkin aku kecapi lagi... aku kini sudah bergelar isteri sekarang aku boleh tersenyum bangga dengan diri sediri kerana aku sudah berjaya bangun seawal pagi untuk menyediakan sahur untuk suami...alhamdulillah


baru lepas baca entry dayu ni sambil ade air mata bergenang terasa akan kegembiraan beliau...tahniah dayu... malam tadi juga dapat sms dari rini tentang berita gembira yang sama, aku turut tumpang gembira bersyukur kerana mereka dapat merasai nikmat rezeki dari Tuhan di bulan mulia ini...


Aku... ermm perut dah rasa sakit, kepala pon dah start migrain tanda-tanda period, dah hampir 13 tahun aku sudah lali dan sedia faham keadaaan diri menjelang hari itu.. emosi pon tak betul sangat sensitif kebelakangan ini... ampunkan saya daddy..Dia muncul lagi... walau ade sedikit kecewa tapi aku terima redha munggkin Tuhan belum mahu memberi rezeki indah itu pada ku dan daddy lagi...pastinya aku akan terus berusaha lagi... aku ingin merasakan kegembiraan itu sendiri... aku akan sabar menanti..


malam ni selepas solat maghrib aku dan enchek suami akan pulang ke johor bahru untuk merasai pengalaman berpuasa bersama keluarga baru ku...

3 comments:

nanonano said...

insyaAllah,
kami jg mendoakan tuk kamo
;)

evyn4ever said...

yup..kak evyn juga mendoakannya...
sue..pm akak leh?

Apple+Susu said...

thnks nano n kak evyn... sye juga selalu mendoakan kalian...:)