Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 10, 2011

buang jauh-jauh

Assalamualaikum...

semalam banyak dapat khabar gembira dari teman-teman... ada yang sudah berisi.. ada jugak yang sedang menunggu hari indah... Alhamdulillah tahniah untuk mereka-mereka semua...

Aku pun ade khabar juga tapi khabar biasa saja... si MERAH datang juga bulan ini...tak mengapa aku redha... bermakna aku kene teruskan rancangan untuk berkunjung kerumah PUTIH dua minggu lagi... kali ini aku sudah nekad, walau perasaan takut membelenggu aku... kali ini aku harus campak jauh-jauh perasaan itu... memang dari kecil aku ni penakut nak jejakkan kaki ke rumah PUTIH tu... seumur hidup, baru sekali aku menginap di sana.. itu pon mak yang temankan siang dan malam...

Setiap hari aku akan google cari info.. tak kurang membaca forum.. membaca keluh kesah mereka yang senasib dengan aku. mencari kaedah rawatan yang paling bersesuaian dengan masalah aku. Alahamdulillah kerana ada teman senasib yang berkongsi info... berkongsi perasaan tak lupa juga menghadiahkan kata-kata semangat dan sokongan.. itu yang aku sangat perlukan saat ini.

Aku harap aku akan terus kuat...semoga Allah akan memberikan aku sejuta kekuatan..sejuta ketabahan...mahu buang jauh-jauh rasa takut itu dan yakin aku mampu melalui semua itu amin...

No comments: