baru ada kesempatan untuk update pasal first treatment....
Hari khamis minggu lepas bersamaan dengan 07 april aku telah memulakan langkah pertama membuat rawatan di HUKM, rancangan asalnya mahu buat rawatan di hospital serdang tapi oleh kerana kawan en daddy adalah doktor di HUKM, dia telah mencadangkan agar kami buat rawatan di sana saje.. kira rekemen la ni.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....
Doktor yang merawat aku namanya doc Harry Surya Rangkuti.... aku agak doc ni dari indonesia sebab tutur sebutan dan namanya memang macam orang dari seberang...Ya...aku dapat doktor lelaki dah doc harry adalah sangat baik dan peramah....paling aku bersyukur aku bukan saja dapat doc baik.. tetapi nurse, pegawai sains dan juga tukang ambil darah juga adalah sangat baik...
Agak lama jugak tunggu giliran untuk jumpa doc... bila dah dapat masuk doc mula tanye masalah semua... mula sekali doc cakap nak buat pap smear sumpah aku gelabah...kerana doktor tu adalah lelaki.. lelaki okay.... tapi satu je masa tu dalam hati mahupun fikiran...aku nak zuriat... jadi aku harus lalui semua.... buang jauh-jauh perasaan malu, perasaan takut... alhamdulillah Allah permudahkan ujian pap smear selesai...
Lepas tu doc panggil en hubby...terangkan pasal proses persenyawaan... proses perjalanan sperm segala... lepas dah selesai separuh cerita, doc suruh aku buat scan.. tunggu lima minit giliran untuk scan pon tiba... agak nervous jugak...pertama kali masa pegawai sains letakkan alat scanner pada perut dia tanye aku... "awak pregnant ke?" masa tu aku sudah hiba... mata sudah berkaca mungkin perasaan begini la yg dirasa oleh wanita pada waktu pertama kali di sahkan mengandung... Aku senyap sekejap dah jawab "tak mungkin puan, sebab saya baru saja lewat period sehari dan saya tak rasa saya mengandung..." sekali lagi okay... pegawai sains suruh aku buang air kecik... sebabnya nak masukkan camera kat 'situ' dan aku pasrah lagi.... Pegawai sains adalah sangat baik dan cool... tengah-tengah scan pegawai sains tu cakap ade cyst pada ovari aku... masa tu aku ok lagi tapi bile dia cakap ade fibroid aku sudah mula down sebab bukan satu tapi tiga... bila keluar dari bilik scan aku terus menangis kat en daddy...masa tu Allah saja yang tahu ape aku rasa... perasaan adalah maha kecewa dan sangat tertekan...
tunggu sekejap, nurse panggil semula untuk jumpa doc...kali ni aku sangat bersyukur doc terangkan yang cyst aku adalah bersaiz kecil... fibroid juga masih kecil.. doc cakap dia akan monitor dan tak perlu risau. selepas itu doc sambung semula penerangan pasal proses persenyawaan dan bertanya kalau ade masalah apa-apa, kemudian aku diberi form hijau untuk buat blood test sekali lagi aku pasrah... sumpah aku takut okay nak cucuk ambik darah... Allah maha penyayang aku sikit pun tak rasa sakit..tak sedar pegawai sains tu dah cucuk tangan dan ambil setabung darah aku... syukur... selesai semuanya. hari ke 10 period aku kene buat x-ray pulak.. dan 27 april en daddy kene datang untuk test sperm...
terima kasih suami kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi...
8 comments:
Sue, harap smuanya berjalan dgn baik ye.
thanks amy....hope semuanya akan baik2 aje...
moga dipermudahkan segala urusan
pn sue : thnks... amin semoga Allah permudahkan semuanya.
Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. Amin. :)
thnks yaya... amin...
Ya Allah... permudahkan urusan sahabat aku seorang ni. Mudah-mudahan niat nya tercapai. Aminn..
Tak kira la apa jenis nama sains yg terkeluar dari mulut en.doctor psl apa yg dia kata ttg kamu... Kamu msti mau kuat semangat dan terus semangat.....yeahhhhhhh (^___^)v
thanks suzie... amin...amin...
Post a Comment