Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 25, 2011

tentang kawan-kawan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah jiwa sudah beransur pulih, hati sudah kembali berbunga setelah melalui beberapa episod jatuh sebelum ini... aku bersyukur punya suami, family dan kawan-kawan yang memahami..

sejak aku mula berblog aku kenal macam-macam kawan di alam maya banyak berkongsi pandangan, idea suka dan duka. masa berblog tentang gerbang perkahwinan aku berkongsi idea, berkongsi kegembiraan, melalui alam bertunang yang penuh dengan ranjau dugaan..

Selepas aku selamat bergelar isteri aku berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan yang telah terlebih dahulu dikurniakan rezeki cahaya mata. aku mengikuti perkembangan mereka-mereka hanya dari jauh..membaca pengalaman saat melahirkan saat indah ketika bergelar seorang ibu.

Sekarang pulak aku berkongsi setiap rasa pedih duka dengan kawan-kawan yang belum diberi rasa nikmat bergelar seorang ibu. sebetulnya aku baru tahu ramai kawan yang dalam mode TTC berblog. Terima kasih pada Emy ... seorang wanita gigih yang telah memberi info pada aku tentang TTC blogger ni... bila baca blog mereka aku jadi kuat dan tabah... buat aku jadi bersemangat untuk teruskan treatment, lupakan segala kesakitan.

Dengan mereka-mereka ini aku dapat rasakan betapa dekatnya talian persahabatan, saling memberi dorangan.. mereka-mereka ini jugak sangat memahami ape yang aku lalui, ape yang aku rasa, sesungguhnya sebaik mane pon sahabat kita, jika dia tidak pernah melalui saat-saat seperti ini, mereka tidak akan pernah faham percaya lah... kerana dunia kami tak sama, jauh dari gelak tawa insan bergelar anak. Sebahagia mana pun hidup kami... ianya tak sesempurna kamu-kamu yang punya zuriat.

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi memahami...

* Bulan ini aku tak mahu stress lagi.. harap-harap cik P tidak tintong..



2 comments:

Suzila said...

yer...kawan2 sgt penting. Suzi pn sgt bersyukur krn masih ada ramai kwn2 yg sudi mendengar masalah + rintihan berbanding kwn2 yang menjatuh'n kita. Tak kisah la hal apa2 pn.
Yg suka dengki2 tu mintak di jauh kn sejauh mungkin. hehe.

Dan xmo stress2 lg yerh. kekurangan perkara yg 1 tu...sbnr nye ujian sementara je. Insyaallah. Maybe tuhan nk kite berfikir kelebih2an yg telah kita dapat berbanding org2 lain yg x dapat. Xmo buta kn mata & buta kn hati tentang satu2 perkara je.
Sue tak tahu...ramai je kot yg dengki dgn kelebihan sue.. =) Bersabar yer.

sue said...

thanks puan suzie, kamu pon tempat sya meluahkan juga <3