Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 1, 2011

samarinda-annissa

Assalamualaikum...

malam tadi mata susah nak lelap biasalah orang dah biasa tido ade teman kan, semalam en daddy pegi ipoh hari ni baru balik..kebetulan pulak sebab aku dah kene tido kat luar sementara nak pindah jumaat ni sebab katil en daddy dah bukak, lagi la mata tak bole nak lelap... tido sorang-sorang kat hall seram la pulak hihi..

Disebab kan mata tak mahu tido aku pon terlayan cerita annissa ala slot samrinda yang baru tu. entah la bila tengok hati jadi sebak sebab watak anna yang dilakonkan oleh fiza elite tu, anna dah kawen lima tahun tapi belom dikurniakan anak dah semalam dokor sahkan dia mandul, Lepas dapat tahu keputusan tu anna merayu pada suaminya (zamarul hisyam) supaya tak tinggalkan dia dan tidak berkahwin lain... sebak je time part tu.. pada malam tu jugak anna tak sedap hati dan syak suaminya telah berkahwin lain..

Serius sedeh ditambah dengan latar belakang ost lagu cerita ni.. lagu beribu sesalan by ning, shila & jaclyn... ok kat bawah ni aku paste kan sinopsis hsil dari google...

-sinopsis-

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


ost Annissa..


No comments: