Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi
’.
Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.

Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kesketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Simtom-simtom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi.

Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.

Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Apakah Punca-punca Anovulasi?

Bagaimana Cara Untuk ’Diagnose’ Masalah Anovulasi?

Apakah Kaedah-kaedah Rawatan Yang Biasa Dijalankan?

3 perkara di atas kami skip. Untuk elakkan daripada post ini panjang berjela. Mungkin kami akan update perkara-perkara di atas dalam ebook Rahsia Mudah Hamil sebab ia agak panjang untuk dihuraikan.

Anda dah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Seterusnya kami ingin buat perkaitan antara Gangguan Ovulasi dan Carta BBT.

Sebelum itu, sedikit ulangkaji tentang kaedah BBT.

Daripada Carta BBT, apa yang perlu anda perhatikan adalah Corak Keseluruhan carta. Memang dalam catatan BBT anda akan dapat corak ’bergigi’ iaitu setiap kali catatan suhu badan dibuat, ia akan sedikit turun dan naik. Ini adalah normal. Tetapi setelah proses ovulasi berlaku, anda akan perasan pada corak catatan BBT anda terdapat suatu kenaikan yang agak mendadak. Keadaan ini dipanggil Corak Biphasic. (Corak Triphasic pula kami akan terangkan dalam penulisan yang lain, Insyaallah).

Tetapi terdapat suatu keadaan dimana mungkin seseorang itu dapati tidak ada pun sebarang peningkatan suhu mendadak yang dimaksudkan. Maka besar kemungkinan iai adalah satu petunjuk bahawa proses ovulasi tidak berlaku dalam kitar haid tersebut. Oleh itu, apa tindakan anda? Segera berjumpa doktor bersama-sama dengan carta tersebut untuk mendapatkan penerangan lanjut dan khidmat nasihat professional. Ia sangat-sangat membantu doktor untuk membuat sebarang diagnosis.

Ini adalah antara kelebihan dalam kaedah BBT. Maklumat yang terkandung dalam carta BBT ini sangat penting dan boleh memberikan banyak maklumat berguna tentang tahap kesuburan anda.

Akhir sekali, sebarang masalah dalam pengiraan kawalatur kitar haid dan membaca maklumat pada carta BBT adalah sangat rumit untuk dijelaskan melalui email ataupun tulisan. Maka kami benar-benar berharap setelah anda baca entri ini, kotak email kami tidak dihujani dengan pelbagai email soalan tentang bagaimana untuk kira kitar haid dan baca carta. Bukannya kami tidak mahu tolong, tetapi memang kaedah email sangat tidak sesuai untuk membantu cara mengira kitar haid. Ia tak sama berbanding dengan bersemuka bersama-sama dengan kalendar dan carta BBT. Kami harap tidak ada yang berkecil hati jika ada email-email yang kami tak dapat jawab tentang perkara ini.

Sekian, mudah-mudahan anda mendapat manafaat daripada artikel ringkas di atas


terima kasih pada fortal mudah hamil untuk info yang sangat berguna...