Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 21, 2012

masih sama seperti yang lalu

Assalamualaikum...

dah sebulan rasanya tak tulis apa-apa dekat sini.. perasaan masih seperti yang dulu.. masih seperti dua tahun yang lalu.. pagi ni terlihat kawan post kat fb pasal persediaan beliau sebagai bakal ayah.. aku senyum tapi dalam hati tetap Allah sahaja yang maha tahu..

23 Feb yang lepas aku ada temujanji dengan doc O&G dekat HUKM nak tahu result darah ok ke tak... Alhamdulillah ok.. doc cakap size cyst pon tetap maintain tak membesar.. agaknya sebab aku amalkan pati delima plus dah mula pakai pad n panty liner herba tu.. and makan GLA from shaklee jugak.. syukur Ahamdulillah.. doc pon dah refer case aku pada Medically Assisted Conception Unit (MAC) dan lepas ni semua appoinment aku dah tak pegi klinik O&G lagi... Aku pilih Prof Zainul untuk sambung treatment kat MAC ni.. hope semuanya akan baik-baik aja.... semoga Allah beri rezeki tahun ini... first appointment dengan prof rabu next week 28hb.

Bulan ni tak ada apa sangat yang aku buat.. aku just amalkan diet sihat dan senaman je.... lama jugak la dah tak makan fast food.. rindu... life pon biasa-biasa aja, dah lama kan tak dengar kata-kata nista orang yang meyakitkan hati aku.. minggu lepas ada kenduri kahwin kat kampung.. terjumpa sorang makcik ni.. selamba dia smash aku "eyh dah lama kau kawen x beranak-ranak ke lagi????" aku senyum pastu jawab Allah belum nak bagi lagi and terus blah... malas nak melayan makcik kampung yang otak tetap juga macam kampung.... Alhamdulillah sekarang aku dah bole control emosi... lantak la ko nak cakap ape pon.. selagi ko tak hina aku.. tak cakap aku lagi bini mandul sudah.....

Next appointment tak sabar nak jumpa prof nak dengar apa yang dia akan suggest.. and tak sabar nak buat step seterusnya... kalau prof suruh buat iui pon ok jugak.. atau prof nak remove cyst pon aku pasrah... overhaul la segala ape yang kat dalam tu....

InsyaAllah next week lepas jumpa prof tu aku hapdet kat sini ye... untuk TTC'rians terus berusaha ye... kita la superwoman.. semoga Allah beri rezeki yang satu tu suatu masa nanti...


5 comments:

Little world said...

Insyaallah----USAHA Dan DOA tangga KEJAYAAN

Sizuka said...

salam perkenalan.

Feed by Ummi Najla said...

Semoga Allah berikan kegembiraan tu pada Sue tahun ini, secepat yang boleh. Saya faham apa yang Sue rasa. Semoga kita sama-sama peroleh zuriat terindah itu. Amin :)

sue said...

little world : InsyaAllah...

Sizuka : salam perkenalan sizuka :)

ummi najla : amin... semoga Allah makbulkan :)

Unknown said...

Saya simpati..sbb sy pun mgalami benda yg sama tp sy ikhtiar mnt pertolongan allah swt..sy amalkan garam mandian as syiffa..alhamdulillah allah memakburkan niat..