Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 12, 2011

fibroid dan berpantang


Assalamualaikum dan selamat pagi...

sejak di sahkan ade tiga fibroid pada rahim minggu lepas, aku rajin mencari info pasal cik fibroid ni... cari macam mana untuk menghalang tumbesaran dia... juga cari info supaya aku lebih faham ape sebenarnya cik fibroid ni... mungkin ade sesetengah orang rasa fibroid ini biasa-biasa saja, tapi aku tetap risau... tetap ingin mencari cara untuk lepaskan diri dari cik fibroid ni.




Fibroid atau nama saintifiknya “leiomyoma” adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi pada rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita sehingga dianggarkan lebih kurang 20% dari wanita mempunyai fibroid. Punca sebenar fibroid tidak dapat dikenalpasti tetapi kemungkinan besar bersangkut dengan hormon estrogen iaitu hormon yand dihasilkan oleh kilang telur. Justeru itu fibroid akan mengecut selepas putus haid dimana pada waktu itu hormon estrogen berada pada tahap yang sangat rendah. Faktor risiko lain untuk mendapat fibroid adalah mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai fibroid dan mempunyai bilangan anak yang sedikit atau tiada anak. Pada kebanyakan wanita fibroid tidak mendatangkan apa-apa masalah, ianya hanya secara kebetulan di kenalpasti ketika pemeriksaan ultrasound untuk sebab-sebab yang lain. Dalam kes seperti ini, tiada yang perlu dirisaukan kerana kadar pembesaran fibroid adalah sangat perlahan. Pesakit hanya perlu membuat pemeriksaan ultrasound berkala di antara enam bulan sehingga setahun sekali untuk menentukan saiz fibroid.

Antara gejala-gejala yang boleh terjadi disebabkan oleh fibroid adalah haid yang banyak dan panjang dan juga kesakitan di bahagian ari-ari. Sesetengah pesakit juga mengalami gejala kencing yang kerap terutamanya jika fibroid terletak bersebelahan pundi kencing dan menekan pundi kencing. Manakala bagi sesetengah pesakit tiada mempunyai sebarang gejala kecuali rahim yang bengkak dan boleh dirasa sebagai ketulan di bahagian ari-ari. Sebahagian fibroid juga menjadi punca kepada kemandulan wanita terutamanya jika fibroid ini terletak di bahagian rahim yang berhampiran tiub fallopian dan seterusnya mengganggu pertemuan benih lelaki dan wanita.

Jika fibroid mendatangkan masalah seperti yang dinyatakan di atas atau saiznya sangat besar, maka sewajarnya rawatan diberi. Malangnya bagi fibroid, rawatan secara ubat-ubatan tidak dapat mengecil atau menghilangkan fibroid. Dalam kebanyakan kes, rawatan untuk fibroid adalah dengan cara melakukan pembedahan. Bagi wanita muda yang masih berhasrat untuk mengandung, pembedahan myomectomy (pembuangan fibroid) boleh dilakukan manakala bagi wanita yang telah berusia atau jika tidak berhasrat untuk mengandung lagi pembedahan hysterectomy (pembuangan rahim) boleh dilakukan. Myomectomymempunyai risiko pendarahan dan juga kemungkinan untuk fibroid terjadi lagi iaitu sebanyak 40% bagi tempoh lima tahun selepas pembedahan pertama pembuangan fibroid. Fibroid bukanlah dikategorikan sebagai kanser dan risiko untuk fibroid bertukar menjadi kanser adalah kurang dari 0.2%.

Daripada pengalaman saya, ramai wanita yang menjadi sangat risau jika doktor memberitahu beliau mempunyai fibroid. Fibroid sangat sering terjadi dan majoriti adalah kecil dan tidak mendatangkan masalah dan sangat jarang berubah menjadi kanser. Tiada yang perlu dirisaukan, tetapi lakukan pemeriksaan ultrasound berkala enam bulan hingga setahun sekali.


Selepas ini aku berazam nak berpantang dari makan benda yang banyak hormon ni.... paling aku nak pantang makanan kegemaran aku... "AYAM" harus pantang.... ayam sekarang dah banyak cucuk botox... balik kampung sekali sekali nanti mintak tolong mak carikkan ayam kampung aje... selamat tinggal ayam... telur ayam jugak tak nak makan sudah...

Fastfood - aku kene displinkan diri untuk tak amalkan... good bye mekdi kegemaran ku....

minta maaf ye sekarang tengah dalam mood treatment jadi entry sememangnya banyak pasal kesihatan.... jika tidak memahami tidak perlu baca dan sila beredar... peace :)


2 comments:

KAK RAINBOW said...

dhila pernah ckp pasal ni

Apple+Susu said...

tu la nurul... sue pon byak dpt info n support from dhila... dia yg banyak memahami :)