Friday, November 25, 2011
mahu tukar....
Friday, November 18, 2011
clomid #4
Wednesday, November 9, 2011
clomid = rambut luruh
Wednesday, October 19, 2011
kan dah cakap...
Friday, October 14, 2011
retroverted uterus (R/V)
Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?
Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.
Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?
Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
- Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
- Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
- Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.
Apakah gejala RT?
Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haidGejala lain yang sangat jarang ialah:
- Sakit belakang
- Sakit semasa kencing
- Masalah kesuburan
Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?
Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:- Pemeriksaan pelvis atauvagina
- Pemeriksaan imbasan ultrasound
- Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.
Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?
Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:- Sakit senggugut yang keterlaluan
- Haid yang tidak teratur
- Masalah keguguran
Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?
Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.
Apakah saya memerlukan rawatan?
Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:- Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
- Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
- Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.
Thursday, October 13, 2011
rindu...
Friday, September 23, 2011
entry caca marba...
Wednesday, September 21, 2011
syawal yang indah...
Friday, September 9, 2011
Anovulasi
Anovulasi, 40% Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita
Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari. Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi. Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi
’.
Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan.
Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kesketidaksuburan dikalangan wanita.
Apakah Simtom-simtom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?
Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.
Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi.
Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.
Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?
Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil.
Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.
Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.
Apakah Punca-punca Anovulasi?
Bagaimana Cara Untuk ’Diagnose’ Masalah Anovulasi?
Apakah Kaedah-kaedah Rawatan Yang Biasa Dijalankan?
3 perkara di atas kami skip. Untuk elakkan daripada post ini panjang berjela. Mungkin kami akan update perkara-perkara di atas dalam ebook Rahsia Mudah Hamil sebab ia agak panjang untuk dihuraikan.
Anda dah baca report ’Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’ bukan? Seterusnya kami ingin buat perkaitan antara Gangguan Ovulasi dan Carta BBT.
Sebelum itu, sedikit ulangkaji tentang kaedah BBT.
Daripada Carta BBT, apa yang perlu anda perhatikan adalah Corak Keseluruhan carta. Memang dalam catatan BBT anda akan dapat corak ’bergigi’ iaitu setiap kali catatan suhu badan dibuat, ia akan sedikit turun dan naik. Ini adalah normal. Tetapi setelah proses ovulasi berlaku, anda akan perasan pada corak catatan BBT anda terdapat suatu kenaikan yang agak mendadak. Keadaan ini dipanggil Corak Biphasic. (Corak Triphasic pula kami akan terangkan dalam penulisan yang lain, Insyaallah).
Tetapi terdapat suatu keadaan dimana mungkin seseorang itu dapati tidak ada pun sebarang peningkatan suhu mendadak yang dimaksudkan. Maka besar kemungkinan iai adalah satu petunjuk bahawa proses ovulasi tidak berlaku dalam kitar haid tersebut. Oleh itu, apa tindakan anda? Segera berjumpa doktor bersama-sama dengan carta tersebut untuk mendapatkan penerangan lanjut dan khidmat nasihat professional. Ia sangat-sangat membantu doktor untuk membuat sebarang diagnosis.
Ini adalah antara kelebihan dalam kaedah BBT. Maklumat yang terkandung dalam carta BBT ini sangat penting dan boleh memberikan banyak maklumat berguna tentang tahap kesuburan anda.
Akhir sekali, sebarang masalah dalam pengiraan kawalatur kitar haid dan membaca maklumat pada carta BBT adalah sangat rumit untuk dijelaskan melalui email ataupun tulisan. Maka kami benar-benar berharap setelah anda baca entri ini, kotak email kami tidak dihujani dengan pelbagai email soalan tentang bagaimana untuk kira kitar haid dan baca carta. Bukannya kami tidak mahu tolong, tetapi memang kaedah email sangat tidak sesuai untuk membantu cara mengira kitar haid. Ia tak sama berbanding dengan bersemuka bersama-sama dengan kalendar dan carta BBT. Kami harap tidak ada yang berkecil hati jika ada email-email yang kami tak dapat jawab tentang perkara ini.
Sekian, mudah-mudahan anda mendapat manafaat daripada artikel ringkas di atas
terima kasih pada fortal mudah hamil untuk info yang sangat berguna...
Thursday, September 8, 2011
3 cycle 50mg clomid
Wednesday, September 7, 2011
Friday, August 26, 2011
Salam Lebaran
Wednesday, August 24, 2011
mahu cuba yg ini.. harap dapat bantuan..
Alhamdulillah tetap bersyukur...
Friday, August 19, 2011
kenapa aku...
Monday, August 15, 2011
keletihan..
Tuesday, August 2, 2011
tentang dahulu dan sekarang
Thursday, July 28, 2011
clomid pertama (50mg)
Wednesday, July 27, 2011
Tuesday, July 26, 2011
konpius... perlukan bantuan...
Wednesday, July 20, 2011
masalah kegemukkan...
Thursday, July 14, 2011
rindu...
Friday, July 1, 2011
masih kuat berusaha
Friday, June 24, 2011
tentang mimpi
Tuesday, June 21, 2011
cantik kiraannya
Monday, June 20, 2011
bila kene tinggal
Thursday, June 16, 2011
HSG Selesai
Saturday, June 11, 2011
Alhamdulillah... tahniah kak ummi
Alhamdulillah pagi ni bukak blog.. macam biasa menjenguk blog kawan-kawan TTC... biarpun baru beberapa bulan mengikuti perkembangan usaha-usaha belia, tapi sesungguhnya kesungguhan mereka semualah yang menjadi kekuatan serta semangat dikala hati tedetik untuk putus asa, letih, bosan dan tidak bermaya untuk meneruskan usaha...
Baca blog kak ummi... ada berita gembira... tahniah kak ummi... segala penat lelah.. kudrat, wang,masa, kesakitan telah menghasilkan kegembiraan... sue tumpang gembira.. Jaga diri ye kak ummi.. tinggalkan kerja-kerja rumah untuk seketika..sue doakan akak mendapat kesihatan sehingga melahirkan...harap sue dan kawan-kawan TTC yang lain akan menyusul selepas ini.. amin...
*Untuk kawan-kawan TTC yang lain... jangan putus asa... jom kita sama-sama tingkatkan usaha....
Wednesday, June 8, 2011
redup hati
Monday, June 6, 2011
selamat sayang...
Thursday, June 2, 2011
maafkan saya
Wednesday, June 1, 2011
samarinda-annissa
Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.
Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.
Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.
Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?