Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 16, 2010

jiwa kembali goyang

salam semua dah lama tak berblogging memang sekarang semakin malas ditambah pula dengan rutih harian yang semakin sibuk.

Semalam aku pulang kerja awal sebabnya period pain yang dah aku tak mampu nak tahan memang aku lemah sangat rasa macam rahim aku ni nak terputus, aku telan jugak panadol sebab kalo aku tak makan memang tak bangun la jawabnye.bila sakit sangat macam ni aku mula la pikir yang bukan-bukan nak2 bila aku tengok ticker anniversary tu dah nak sampai setahun serius buat aku meroyan tak tentu pasal. aku mula emo nages+nages mengenangkan kenapa aku masih tak mengandung...adakan kerana sengugut teruk yang aku alami selama ni???

Alangkah bagusnya kalo masa semalam aku dapat pegi hospital... aku dapat tahu ape masalah sebenarnya tapi tu la keadaan yang buat aku tak berada disitu semalam...harus terima hakikat punya suami sibuk....dah alangkah baiknye semalam aku punya teman yang bole temankan aku ke hospital serius aku sangat dambakan itu... aku betul2 nak tahu ape punca sebenar aku masih belum di kurniakan rezeki yang satu itu....

Mood memang sentiasa mendung sekarang...dah lama aku tak segoyang ini....sangat berharap agar dia dapat meluangkan masa walau sehari untuk aku...aku amat memerlukan yang satu itu.....