Wednesday, October 19, 2011

kan dah cakap...

Assalamualaikum.. salam hari rabu...

2nd clomid 100mg failed.... semalam sudah keluar brown spot macam biasa...

walau ade rasa hampa kecewa aku gagahkan aja... cuma perasaan hampir putus asa ... hurmmm di mana silapnya???

Friday, October 14, 2011

retroverted uterus (R/V)

Assalamualaikum....

Hari tu masa buat scan day13 untuk tengok telur aku ade ternampak dekat borang tvs tu doc tick yang uterus aku R/V... tapi sebab hari tu aku tak ada appointment dengan doc aku kiv dulu la segala persoalan yang duk pusing-pusing dalam kepala ni... selama buat treatment doc tak penah pulak ckp yang aku ni R/V uterus...

pagi ni aku godek-godek la gugel... cari info pasal rahim aku ni... dan terjumpa entri ini di portal alam hamil bagus kan portal ni banyak info berguna... aku copy paste aje ye...

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.
Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.

Patut la tiap-tiap bulan aku sengugut berguling-guling... dah ade jawapannya... tapi wajib untuk tanya doc pasal bende alah ni next appointment..

* Aik semangat datang kembali ke????? semalam ckp dah give up...

Thursday, October 13, 2011

rindu...

Assalamualaikum...

Salam hari khamis... rindu kat blog ni dah lama tak update pape...

bulan ni aku dah on clomid 100mg dan dah kene cucuk pon pada day 13 untuk pecahkan telur.. dan sejujurnya aku tidak menharapkan apa-apa walau sebenarnya jauh didalam lubuk hati menginginkan yang terbaik... kerana bulan ini adalah bulan super stress aku... macam-macam dugaan aku kene hadapi... tension yang berpanjangan.. migrain...

dan sekarang aku sudah rasa sedikit letih untuk teruskan... tak mahu pikir lagi... pasrah dan redha..