Friday, May 27, 2011

tentang rezeki

Assalamualaikum....

Sekarang sudah pukul 11.45 malam baru abes melayan maharaja lawak sambil tangan buat kerja saki baki membungkus barang-barang rumah.. Oh ya lupa nak buat entry aku kene halau dek tuan rumah.. sebulan lebih yang lepas cik puan rumah call dia bagi tahu yang dia dah tak nak sewakan rumah kat aku, alasan dia ade projek kat area umah aku ni dan nak buat umah aku ni sebagai rumah pekerja la konon... ye la dia ingat aku percaya la alasan dia tu... sebetulnya aku tahu dia nak naikkan sewa rumah ni tu pasal dia nak suruh aku keluar... dia bagi aku notis dua bulan... memang la cara dia cakap tu sangat la penuh bunga-bunga kiasannya... tapi aku tetap rasa macam kene halau jugak..

Sayang jugak aku nak tinggalkan rumah ni, ye la aku duduk rumah ni sejak dari zaman bujang-bujang dulu... paling aku sayang pasal sewa umah ni ringgit malaysia 280 sahaja.. haha bayangkan mane nak dapat sewa rumah semurah tu kan... kalo ikut market kat sini dah bole up sampai rm450.00, dulu cik puan umah ni penah la cakap nak naik kan sewa umah ni, tapi macam biasa la.. aku keje pon purchasing dept.. aku goreng la nego pujuk sampai dia tak naikkan sewa.. berjaya la jugak bertahan sampai sekarang...

Lepas dapat tahu aku kene carik rumah sewa baru tu otak agak jem jugak la walaupun en daddy cakap jangan risau... aisehh mana la tak risau, abes tak kan nak tidur bawah jambatan pulak kot pas ni... en hubby cakap nak try dapat kan kuaters kat putrajaya... ape lagi start dari hari tu seminggu berpuluh kali aku duk follow up dengan en daddy...biasa la aku kan gelabah tahap dewa padahal dia cool habis...tapi dalam masa yang sama aku packing barang sikit-sikit tak nak la kelam kabut nanti..

Tiga hari lepas en daddy beritahu aku khabar gembira... permohonan untuk dapatkan kuarters dah diluluskan. Lokasinya adalah di presint 5, tingkat 6 okeh nanti balik keje bole la naik panjat tangga senaman tuk kuruskan badan yang dah macam buah pear ni.. Tengah hari tadi en daddy dah pegi amik kunci.. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat biarpun bukan rumah sendiri sekurang-kurangnya aku bole duduk situ selagi en hubby bekerja dengan kerajaan malaysia.. ha kan dah kuar ayat skema aku....

Tengok mungkin Allah tak beri aku rezeki anak lagi, tapi Dia bagi aku rezeki yang lain dulu... aku bersyukur sangat sejak aku tukar status jadi bini orang ni Dia tak putus-putus bagi rezeki kat aku.. cuma kadang-kadang je aku terlalu emosi sampai terlupa apa yang Dia dah hadiahkan pada aku sebelum ni... Terima kasih Allah...

dah lama tak tepek gambar kan... tadi en daddy pegi tengok kuaters tu.. aku suruh en daddy amik gambar dapur dengan master bedroom...Macam biasa en daddy tak pernah menghampakan




View dari hall rumah kami..



ni hall.. okeh la lebih besar dari rumah sewa dua ratus lapan puloh ni


yang ni pulak wordrobe kat dalam master bedroom

Dan sesungguhnya aku paling suka yang ini...lepas ni xde la periuk belanga aku bersepah-sepah lagi... mood memasak pon on je la... senyum lebar aku..


kami bercadang mahu pindah jumaat minggu depan hope semua akan berjalan dengan lancar tanpa ada apa-apa halangan.. amin..* selamat tinggal bandar seri putra...*

Wednesday, May 25, 2011

3 tahun sudah

Assalamualaikum...

3 tahun yang lepas pukul 12 lebih adalah pertama kali aku berjumpa sang chenta hati... Pertemuan berani setelah beberapa hari berhubung melalui friendster...Tawakal di hati dia seorang yang baik dan tinggi pekerti, harapan dia tidak mengapa-apakan aku.

Tujuan berjumpa adalah untuk menjadi GPS terjun.. sang chenta hati tak tahu jalan mahu ke majlis perkahwinan kawan. Aku pon mengoferkan diri.. standard la baru enam bulan putus cinta, dalam hati terbit rasa nakal-nakal mahu mencari pengganti. Macam biasa aku pakai ape yang tercapai, berkebaya ungu dan berselipar jepun dengan jalan bersepah segala.. haruslah menjadi diri sendiri tidak mahu menjadi hipokrit.

Kali pertama berjumpa, aku sudah macam sepuloh tahun berkenalan, sangat senang dengan dia tak perlu menjadi orang lain, dia pon begitu juga. Sampai di kenduri kawen aku menjadi pelakon terjun pula... belakon menjadi kekasih hati dia... abes dah semua kawan-kawan beliau bertanya.. dengan selamba la pulak dia mengaku yang aku cik spesel girlfren dia.. tersipu-sipu malu aku di situ. Pulang dari kenduri kawen, kami ke mid valley tujuan membeli kasut... sebab agaknya dia tengok aku giler selekeh pakai kebaya dengan seliper jepun walaupun seliper jepun tersebut sangat la santek di mata aku... siap ade bling-bling lagi... pertemuan hari itu berakhir selepas dia menghantar aku balik.. dalam hati Alhamdulillah bersyukur dia tak buat apa-apa kat aku...seorang yang menghormati aku..

Maka bermula la satu lagi episod dalam hidup aku, dari hari itu kami berhubung setiap hari.. agak selalu jugak dia datang berjumpa aku, setelah tiga bulan aku mengenali hati budi sang cinta hati... tiga bulan okeh tempoh yang sangat la singkat.. sang chenta hati bawak aku berjumpa parents dia.. dan Alhamdulillah sebulan selepas itu aku pulak bawak dia jumpa family aku. Semua nya terasa begitu cepat.. setahun selepas itu kami sah bergelar suami isteri...

Alhamdulillah kali ini Allah pemudahkan semuanya.. aku tidak perlu membazir air mata untuk putus cinta lagi... kurus-kurus badan makan hati... Hari ini sudah tiga tahun usianya... baru je tiga tahun, dah kecoh orang lain bercinta lima enam tahun, tak de pulah sibuk-sibuk macam aku.. tak sangka pertemuan pertama ke majlis kawen berakhir jua dengan kawen-kawen.. syukur...

*Selamat hari ulang tahun bercinta-cinta yang ke tiga tahun en suami...*
Saya cinta kamu sampai mati...


tentang kawan-kawan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah jiwa sudah beransur pulih, hati sudah kembali berbunga setelah melalui beberapa episod jatuh sebelum ini... aku bersyukur punya suami, family dan kawan-kawan yang memahami..

sejak aku mula berblog aku kenal macam-macam kawan di alam maya banyak berkongsi pandangan, idea suka dan duka. masa berblog tentang gerbang perkahwinan aku berkongsi idea, berkongsi kegembiraan, melalui alam bertunang yang penuh dengan ranjau dugaan..

Selepas aku selamat bergelar isteri aku berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan yang telah terlebih dahulu dikurniakan rezeki cahaya mata. aku mengikuti perkembangan mereka-mereka hanya dari jauh..membaca pengalaman saat melahirkan saat indah ketika bergelar seorang ibu.

Sekarang pulak aku berkongsi setiap rasa pedih duka dengan kawan-kawan yang belum diberi rasa nikmat bergelar seorang ibu. sebetulnya aku baru tahu ramai kawan yang dalam mode TTC berblog. Terima kasih pada Emy ... seorang wanita gigih yang telah memberi info pada aku tentang TTC blogger ni... bila baca blog mereka aku jadi kuat dan tabah... buat aku jadi bersemangat untuk teruskan treatment, lupakan segala kesakitan.

Dengan mereka-mereka ini aku dapat rasakan betapa dekatnya talian persahabatan, saling memberi dorangan.. mereka-mereka ini jugak sangat memahami ape yang aku lalui, ape yang aku rasa, sesungguhnya sebaik mane pon sahabat kita, jika dia tidak pernah melalui saat-saat seperti ini, mereka tidak akan pernah faham percaya lah... kerana dunia kami tak sama, jauh dari gelak tawa insan bergelar anak. Sebahagia mana pun hidup kami... ianya tak sesempurna kamu-kamu yang punya zuriat.

Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi memahami...

* Bulan ini aku tak mahu stress lagi.. harap-harap cik P tidak tintong..



Wednesday, May 18, 2011

misi kandas

Assalamualaikum..

Hari pertama bekerja dalam minggu ni, macam biasa la hari rabu tapi rasa seperti di dalam 'monday blues'...

Hari Isnin lepas aku telah pergi ke HUKM mengikut tarikh temujanji yang telah doktor beri, tujuannya untuk buat HSG. memang sejak dari malam tu hati sangat tak enak macam-macam aku pikir. perasaan takut dan neves tu tak payah cakap la.. nak lelapkan mata pon payah, Tapi apa yang lebih aku risau pasal period aku, petang tu dah mandi wajip harap-harap cik P tak muncul lagi esok hari. period aku ni selalu buat aku sakit jiwa raga.. kadang-kadang manji wajib sampai tiga kali... macam biskut kejap ade, kejap x de.

Hari yang di tunggu kunjung jua, macam biasa seawal pukul 5.45am dah bangun, mandi bersiap pukul 6.30am bertolak dari rumah, keluar awal sebab nak mengelak dari traffic jam. Sampai HUKM pukul 7.45am terus ke jabatan radiologi untuk daftar masuk. sambil-sambil duduk tunggu nama di panggil macam biasa perut aku meragam nak cari toilet kejap rasa nak buang air kecik la.. nak buang air besar la.. adoi... pegi toilet hati sangat kecewa sebab ade brown spot kat pentiest... keluar dari toilet hati sudah luruh.

Pukul 8.30am nama aku dipanggil, aku diarahkan menunggu di bilik no 6. tak lama pun menunggu, nama aku dah dipanggil.. aku cuba untuk tenang sebanyak mungkin. masuk-masuk nurse tanya 'bila habis period?' aku jawab semalam tapi pagi ni ade brown spot jawapan di beri dengan nada kecewa... alhamdulillah dia faham dan rujuk aku pada doktor.

selepas tu aku di rujuk pada doktor khuzaidah, doc adalah sangat peramah dan baik hati. doc explain pasal HSG ni dan suruh aku datang hari rabu 18/05 memandangkan aku masih belom habis period.. tension betul aku dengan cik P ni... aku down lagi sebabnya memang tak boleh datang pada hari tersebut en hubby out station. doc khuzaidah suruh aku datang next month saje sebab dia sendiri tak bagi aku datang sorang takut aku tak boleh drive balik nanti. dari situ aku dah dapat rasa HSG ni menyakitkan... hihihi padahal memang dah tahu. lagi satu kalau aku dah abis period pon memang aku tetap tak bole buat HSG hari tu kerana aku ade alergic doc bagi aku ubat, kene makan malam sebelom HSG sebabnya doc takut nanti bile dye tu dah masuk, badan aku naik merah-merah. Misi HSG kandas lagi... memang salah aku.. terburu-buru mungkin..

Hurmm memang dugaan betul kan, en daddy marah jugak dengan aku, dia cakap aku tak sabar, tak cool.. tergesa-gesa nak buat HSG.... aku diam je tapi dalam hati Allah saja tahu..
aku bukan tak sabar.. bukan tergesa-gesa tapi kalau bole aku tak nak tangguh-tangguh dah.. tersiksa aku menunggu... orang lain tak tahu, tak rasa...macam biasa mood emo menjelma kembali... tengok cermin cakap pada diri sendiri... ape aje yang aku mampu buat... nak beri anak pada suami pon tidak mampu...Ya Allah kadang-kadang aku tak mampu..





Wednesday, May 11, 2011

hati meruntum...

Assalamualaikum.. salam hari rabu..

hari ini mahu minta ampun dah maaf pada diri sendiri, pada suami juga kerana aku lupa pada janji.. sudah nekad dalam diri mahu buang semua perasaan rendah diri.. mahu buang semua perasaan jauh hati... mahu sisihkan rasa sedih ini.. tapi siapa pon aku, aku tetap manusia, tetap punya jiwa.. pagi ini ada tangis dalam gembira melihat seseorang yang dekat di hati menikmati detik-detik terindah bergelar seorang ibu... lalu aku akui aku telah tewas dengan perasaan sendiri... bukan iri hati jauh sekali membenci tangis yg aku lahirkan adalah tangis yang indah sekali... Alhamdulillah aku sangat bahagia...

Hanya perasaan jatuh itu singgah lagi dalam diri, rasa mahu membungkamkan diri seharian.. mahu menangis semahu-mahunya...namun aku tahu semua itu tak akan merubah takdir Allah, cuma kadang-kadang aku lemah tak mampu untuk mengawal emosi tak tahu macam mana nak alihkan perasaan ini. Ada naluri ibu mengalir dalam diri.. maafkan aku pada sesiapa yang tidak memahami..

Ya Allah maafkan aku... kerana ada kalanya aku kalah dengan diri sendiri... ada ketika aku salahkan takdir ilahi.Terima kasih juga kerana selama ini Engkau tidak putus-putus memberi kekuatan pada aku... aku bersyukur Ya Allah walau rezeki itu belum Kau beri namun tidak sesekali kau tarik kenikmatan bahagia dari hidupku... Alhamdulillah aku tetap bersyukur...


Monday, May 9, 2011

langkah seterusnya

Alhamdulillah pagi tadi sudah call HUKM... next monday HSG appointment... Perasaan ada sedikit takut tapi lebih kepada bersemangat...

harap cik P cepat kering... :)

bulan ni asik cuti aje... :( hari ni pon sedang bercuti. malas sangat mahu kerja di tambah badan yang letih dan lesu rasa mahu berbaring sepanjang hari di atas katil...

mahu sambung rehat hanya mahu update pasal langkah seterusnya semoga HSG berjaya dan tiada ape-ape yang merumitkan pada tahap kesihatan aku...

Friday, May 6, 2011

ibu ratu hati ku...

Assalamualaikum...
dah ade sikit-sikit sarang labah-labah... biasa la tuan tanah malas...hari ahad ni hari ibu.. bersempena dengan hari indah tersebut aku nak ucapkan :-

Selamat hari mak kepada ibu tercinta.. kepada ibu dunia dan akhirat pn dzabariah binti yusof.
semoga mak sentiasa dilimpahkan kesihatan... mak adalah ibu yang paling terbaik di dalam dunia sya.. tanpa mak tiadalah erti kehidupan..

Tiada ucapan terindah yang mampu sya luahkan betapa anak degil mak ni terlalu menyayangi mak. Segala pengorbanan mak untuk membesarkan sya tak penah dilupakan.

Mak adalah wanita paling hebat di hati sya... wanita paling kuat di jiwa sya... terima kasih mak atas segala dorangan mak untuk jadikan sya manusia...




















Tak lupa jugak pada ibu mertua ku pn hajah ramlah md said...'terima kasih kerana memberi restu pada sue... terima kasih kerana menerima sue ape adanya...terima kasih kerana memberi kepercayaan untuk menjadi suri di hati satu-satunya anak lelaki kesayangan mak....'















Selamat hari mak...

p/s : sebenarnya banyak lagi yang mahu diucapkan... tapi aku sudah sebak... memang kalo di cangkul pasal sejarah pengorbanan mak...ape yang dah mak buat untuk aku.. maka akan menangis teresak-esak la aku....sebab aku anak yang degil... tapi tetap mencintai ibuku sepenuh jiwaa.... terima kasih mak untuk segalanya...