Monday, November 24, 2008

selamat pagi cinta

Semalam aku g One Utama... pegi beli barang dapur... saje nak penuhkan freeze hehe cam beser aku beli semo barang makan tuk usaha berdiet aku, beli barang daddy sekali...

"selamat pagi cinta" ingatkan cite tu hebat sangat la.. rupanya indah pelakon dari jalan cite... tak macam filem cinta or sepi... jalan cite pon ntah pape cuma aku sangat suka ngn sajak yang azam bagi kat suci tu... sangat mendalam maksudnye. Cam beser pas abih cite kene bahan la aku ngan dady sebabnye cite tu tak lah best sangat cam yang aku ceritakan kaT daddy... sampai tetido kat dalam cinema mamat tu...

cite pasal tido... aku tak amik hati sangat pon sebab aku tau daddy memang penat sebab dah 2 weeks dia keje berat tak tido semo.... tgok je la daddy sekarang... kepala dah botak+kulit dah itam cam sutun kurita farah yang cakap okeh... hehe tak kisah sape pon dia n ape pun keadaannya aku tetap bole menerima InsyaAllah



sinopsis "selamat pagi cinta"


SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita dek kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku.
Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.
Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat


Trailer Filem Selamat Pagi Cinta

Tuesday, November 18, 2008

tajuk ape ek...

Ermmm susah la pulak nak lelapkan mata malam ni…. Mujur laptop dady ade pada aku bole la aku menconteng dari rumah…esok aku upload je… sekejap tadi bos aku mrs R call walaupun aku dengar ringtone bittersweet tu dok menyanyi tp aku buat bodoh je, sengaja aku x angkat… bukan ape aku tak sanggup dah nak dengar keluhan hati dia… sedih tu satu hal tapi aku ni seorang yang suka memikirkan prolem orang tu akan jadik ka batang idung aku sendiri maka… nnti tunggang langgang lah kepala hotak aku, mangsanya mcm beser la tunang terchenta hehehe.. tak pasal-pasal pulak dia yg kene soal soalan bongok aku kang….

Cakap pasal tunang terchenta ni semalam 16hb bermakna dah 3 bulan aku menjadi tunangan daddy…Alhamdulillah semo dugaan kami hadapi bersama secara cool tapi cool ke aku??? huhu dah 2 hari tak dengar suara daddy..windu lagi..hari-hari sye akan tetap rindukan dia…pas module tentera ni harap daddy tak pegi jauh lagi… dan aku akan tetap menjalankan rutin mingguan aku..menjadi pusat dobi bergerak tuk daddy… bagi service terbaek punyooo tapi untuk daddy sye saje…. Cam tu la life aku skang, besernye sabtu petang aku akan pegi INTAN tuk amik baju kotor daddy, tengah hari esoknye pulak aku dah kene iron n hantar semo baju tu pada daddy semula…. Agak penat tapi tak mengapa sebab pada aku tu je cara aku nak membantu daddy selain aku duk menunggu dengan penuh setia kat sini.lagi pun bole practice sekali hehe. lagi bape bulan ek..lamenya….

Pasal preparation for our big day pulak… aku dah bayar booking untuk kedua photographer tu… untuk majlis kat Melaka aku amik shah from shahkasahias, ok la pakej dia picture pon cantik dan yang paling penting bersesuaian dengan budget aku n untuk majlis daddy kat JB kami dah booked arazs razwill ermm photographer ni pon superb gak pandai edit picture. So pasal photographer aku anggap dah settle n tak nak pusing-pusing kepala lagi…. Tadi pun mona dah SMS aku no account dia n aku dan decide tuk guna khidmat Mona aka SHIDI ni tuk jadi makeup artis aku… sebabnya aku dah tengok dia makeupkan kazen aku dulu sangat okeh… time tu aku mmg dah ckp dalam hati “kalo aku kawen nanti, aku nak dia yang make upkan aku” haha siapa sangka tak sampai setahun kazen aku tu kawen aku dah sambar si mona NOX ni…. Tapi dia ni bukan sebarang NOX okeh…

Ermmmm gantok la pulak… rasanya sangat elok kalo aku tido skang… lagi pon SMS yang aku hantar kat daddy dah delivered dan itu bermakna dia dah terima sms rindu aku tu…ermmm opsss dady call…. Hehehe aku tau daddy pon windu kat aku mcm mane aku windu kat dia… thanks daddy kamulah yang terbaik untuk sye… sayang kamu sangat2… n harap aku dapat tido lena malam ni dan mimpi yang indah juge….. dengar lagu REPUBLICK JAP “HANYA INGIN KAU TAHU” besh2

entry malam ni... tak tau nak letak tajuk ape... ape-ape saje lah...

Thursday, November 6, 2008

L U C K Y


Do you hear me?
I'm talking to you
Across the water
Across the deep blue ocean
Under the open sky
Oh my and baby I'm trying

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ohhhohhhohhhohhohhohhhohh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I wait for you, I promise you I will
Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through the trees
Move so pretty, you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
OhhhohhhohhhohhohhohhhohhOhhhohhhohhhohhohhohhhohhohhohhohh

LOVE U BEBEH

Tuesday, November 4, 2008

Dugaan

pagi yang sangat penat....ermm kaki aku still lenguh padah berjalan sakan last weekend tp nak buat cane dah sendiri kene la cari aktiviti sendiri tuk hilang kan kebosanan... hari sabtu aku g Jusco cheras selatan sorang je beb hahah n memang selama ni aku sorang-sorang pooonnnn... nak kate xde orang sayang aku... aku rasa ade tapi... ntah la kadang kadang kan aku ni terlalu nak kan perhatian banyak sangat sampaikan orang yang sayang aku tu dah tak terlayan kooottt nasib la...

hari ahad...tu la dugaan cam tajuk blog aku ni... aku ni suka cari gaduh kan...ye la sian aku tgok dady tak pasal-pasal hari tu aku perang dingin ngan dia......tp memang harus pon aku geram sangat kat dady tp la kan aku sendiri pon tak tau sbb n kerana ape aku geram sangat kat dia, lalu... terjadi la pergaduhan yag agak besar jugak lah aku rasa...pergaduhan yang sangat 'bongok' tp at least aku dah tau dady cam mane....da tau dia punya merajuk macam mane tp aku still bole control rajuk dia tu... sgt senang deh nak wat dia senyum balik... gelak je besar2 sure dia pon join gelak nnti...n itu la sebab n kerana ape aku saaayaaanngggg sangat kat dady...heheh

tp kaki aku stilll sakit... sakiiitttt aku tak mo dah pakai heels kalo shopping x naakkkkk!!!ermmm rasa lega sbb dah beli cincin tuk dady...tuk our big day nnti.. dady pon dah beli cincin tuk aku jgk...sgt suwit... hope bila dah ade serba sedikit preparation tuk our big day, kami akan kuat tuk tempuh semo dugaan...memang tak dinafikan "alam bertunang ni memang banyak dugaan.."

untuk daddy kalo kamu hitam pon tak mengapa... sye tetap chenta kamu..... always luv u daddy

daddy yang tulis ni untuk sye...thanks dady kamu sangat lomentikk


" bertemu dgnmu dan mencintai dirimu adalah takdir..
Takdir Jua yang mengajar erti sebuah
Tanggungjawab,kesabaran,kejujuran dan kasih sayang

yakinlah pada setiap pertemuan itu ada hikmah

hikmah yang perlu kita renungkan

Menyayangimu,Menikahi dirimu, hidup bersamamu adalah matlamatku

aku amat menyayangi diri mu..."

nyum...nyummm