Thursday, June 7, 2012

lucrin

Assalamualaikum...

agak lama tak tulis pape kat blog ni.. agak-agak dah bersawang.. sarang lelabah disini sana..

Hari tu lepas operation doc ada cakap nak cucuk aku dengan lucrin.. nak sekat period aku dari keluar, next week 13hb masuk kali ke tiga aku disuntik dengan bende alah tu.... aku tahu ramai kawan TTC dah sedia tahu ape tu lucrin.. tapi tak pe la aku post jugak kat blog aku ni, mane tahu masih ada yang belum tahu kan :) sharing is caring tak gitu..



pix credit 2 mr gugel



Apakah Lucrin Depot ?
Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik.

Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?
Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama

Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?
Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan

Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?
Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.

Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera

Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?
Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah  kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot

Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?
Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi

Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?
Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?
Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih.

Kesan ini hanya sementara dan akan pulih sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan

*Info aku dapat dari hasil gugel*

Antara kesan-kesan yang aku rasa buat masa ni adalah tahap kepanasan badan, kalau dulu aku ni memang tak tahan sejuk, sejuk sikit pon aku mengigil.. tapi sekarang lepas mandi pon aku berpeluh.. aircon pasang pon aku tetap mahu cari kipas.. Alhamdulillah kulit muka buat masa ni tak de pulak naik jerawat. Mood juga masih seperti biasa.. bole gurau tepuk tampar lagi haha.. cumanya masalah kekeringan tu sangat ada.. tak payah pakai panty liner pon.. maha kering... cepat la empat bulan berlalu...

Apa pun aku tetap bersyukur.. mungkin itu yang terbaik untuk aku.. pejam mata senyum.. anggap saja tu satu dugaan indah dalam hidup... :)

Wednesday, May 16, 2012

case summary

Assalamualaikum... selamat hari rabu...

hari tu aku ade cakap nak hapdet summary case aku sepanjang buat treatment kat HUKM kan... 

ni aku salin je la eyh.. mane tahu bole jadi rujukan pada kawan-kawan..

1. Primary subfertility x 3 years secondary to Endometriosis and Oligospermia

Referred from Babdar Seri Putra Kajang for primary subfertility in 04/2011. Patient has been married for 2 years at the time, staying together with husband, and having regular sexual intercourse and was not on any contraceptions. Both patient and husband was investigated :-

HSG (14/06/2011) : Patent fallopian tubes bilaterally
Ovulatary HGS : Day 21 Progesterone - 9.6nmol/L (anovolutary)
Alfa-Fetoprotein : 99.34 (Increase)

She has complete 5 cycle of clomid : 50mg x 1 and 100mg x 4

Latest Scan on 28/03/2012
- Ovary : Right Cyst - Solid area with multiseptate noted (3.8x4cm)
- Uterine Fibroid - 3x2.5cm

Evisceration and Adhesiolysis with Myomectomy and left Ovarian Plication was done on 12/04/2012
Pre-op Diagnosis : Primary subfertelity x 3 years secaodary to endometriosis
Post-op Diagnosis : Left endometrioma with endometriosis stage 2 with uterine fibroid

Intra-op Findings :
-Peritoneal cavity normal
- Right Ovary normal size 2x2cm kissing with left endometrioma 5x4cm - multiloculated containing chocolate material, embedded posterior to uterus.
- Both tube are normal, free but delayed spillage on the right side, normal spillage seen on the left side, both tubes are adhered posteriorly to POD.
- Uterus at 8/52 size, Anteverted, noted subserosal fibroid 3x4cm at anterior uterus - Myomectomy done.
- Liver, bowels and amentum - normal.
- Uterosacral not thickened.
- POD not obliterated.
- Left Ovary plicated to posterior or uterus.
- EBL : 300ml

* IM Lucrin 375mg for 6 cycle.

Ok kawan-kawan ni report yang doc bagi sebelum keluar hospital hari tu.... tapi aku terkejut jugak sebab kat report tu doc tulis uterus aku ANTEVERTED, sebab sebelum ni doc cakap rahim aku retroverted... bulan 7 appointment ngan doc akan ku tanya...


Sunday, May 6, 2012

Alhamdulillah..


Assalamualaikum...

dah tiga minggu berlalu... tapi entry pasal pengalaman masuk dewan operasi masih tak dihapdet...
minta ampun kawan-kawan.. entry tersadai dalam draft entry...

nak tunggu masuk kerja la kot baru di hapdet.. entah kenapa mood semasa MC ni tak menjadi la nak buat entry pape...malas memanjang...

pape pon.. syukur Alhamdulillah segalanya telah selamat... amin.. terima kasih untuk doa kalian semua..

p/s : ada dapat case summany from doc ni.. nnti daku haplod sini ye... bole share masalah dengan kawan2..

Wednesday, April 4, 2012

confirm sudah..


Assalamualaikum...

sudah confirm 12/04/12 hari operation.. tp sikit aje kot.. doc mohan bole pulak tak datang hari ni.. dah la banyak benda nak tanya.. tak ape, esok pagi call saja tanya A to Z..

mohon kawan-kawan doakan saya ye... terima kasih..

Thursday, March 29, 2012

update..

Assalamualaikum...

doc Mohan baru lepas call.. InsyaAllah 13 april adalah tarikhnya...
Tapi... doc cakap prof tak buat laps.. tapi operation... doc ckp belah melintang.. ok skang dah takut banyak..

Ingat tak nak beri tahu mak.. tapi dah call pon sambil nagis-nagis bercakap... Ya Allah permudahkan lah segalanya.. berilah aku kekuatan.. amin...

Wednesday, March 28, 2012

jika itu jalannya..

Assalamualaikum...

hari ni dua puluh lapan march.. awal pagi aku dah keluar rumah.. macam biasa tiap kali kalau ada appointment pagi, harus la keluar rumah selepas subuh.. jalan dari kajang ke HUKM adalah sangat mencabar tahap kesabaran.. itu pon.. masih terperangkap dalam kesesakkan jugak.. pukul enam setengah pagi keluar sampai HUKM adalah pada pukul tujuh lima puluh lima.. padahal tak la jauh mana kan..

sepatutnya hari ni jumpa prof zainul tapi disebabkan prof ada exam doc mohan yang gantikan...doc mohan pon sangat la frendly plus amatla soft spoken... doc bukak semula fail aku and cek semua report from bulan April last year.... Dalam hati mengharapkan supaya tak ada apa-apa dan boleh terus proceed iui... tapi.. rencana Allah tak siapa pernah tahu...

Macam dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan doc mohan cakap.. dan aku sentiasa pujuk hati walau apa sekali pon jalannya.. pikir saja itu adalah yang paling terbaik Allah tentukan.. doc Mohan bagi tahu.. cyst aku kena buang dulu sebelum buat iui.. doc mohan tak puas hati dengan result scan last month.. macam biasa tadah perut untuk di scan..

jalannya adalah tetap sama.. cyst harus di buang.. doc mohan cakap size cyst tu agak besar jugak..ditambah pula dengan fibroid yang ada, doc mohan tetap cakap aku harus di Laparoskopi kan...dalam hati?? tak tahu nak kata apa yang aku rasa.. rasa risau, takut, happy, sedih semua bercampur baur.. doc cakap cyst aku tu memang menggangu kesuburan aku pasal dia bukan cyst yang dalamnya ada air tu... and kalau aku ade rezeki pregnant pon doc takut beby tak kuat, takut janin akan gugur..

sekarang bila taip entry ni.. baru hati rasa sebak.. last aku masuk hospital pon lima tahun lepas.. tu pon sebab demam denggi and paling penting setiap saat mak sentiasa kat sebelah aku..dan sekarang.. aku dah jauh dewasa tetapi dalam hati tetap mahukan mak..., mak memang faham sangat, aku anak paling penakut kalau nak pegi hospital.. tengok darah pon pengsan okay..seperti biasa harus bertabah.. TTC macam aku ni kan superwoman.. hati kuat jiwa kental.. ape la sangat tebuk dua tiga lubang kat perut tu kan dari rasa sakit melahirkan....

pas ni nak gugel pasal laparoskopi and endometriosis.. harus la study kan...

selamat malam TTC'riansss....


Wednesday, March 21, 2012

masih sama seperti yang lalu

Assalamualaikum...

dah sebulan rasanya tak tulis apa-apa dekat sini.. perasaan masih seperti yang dulu.. masih seperti dua tahun yang lalu.. pagi ni terlihat kawan post kat fb pasal persediaan beliau sebagai bakal ayah.. aku senyum tapi dalam hati tetap Allah sahaja yang maha tahu..

23 Feb yang lepas aku ada temujanji dengan doc O&G dekat HUKM nak tahu result darah ok ke tak... Alhamdulillah ok.. doc cakap size cyst pon tetap maintain tak membesar.. agaknya sebab aku amalkan pati delima plus dah mula pakai pad n panty liner herba tu.. and makan GLA from shaklee jugak.. syukur Ahamdulillah.. doc pon dah refer case aku pada Medically Assisted Conception Unit (MAC) dan lepas ni semua appoinment aku dah tak pegi klinik O&G lagi... Aku pilih Prof Zainul untuk sambung treatment kat MAC ni.. hope semuanya akan baik-baik aja.... semoga Allah beri rezeki tahun ini... first appointment dengan prof rabu next week 28hb.

Bulan ni tak ada apa sangat yang aku buat.. aku just amalkan diet sihat dan senaman je.... lama jugak la dah tak makan fast food.. rindu... life pon biasa-biasa aja, dah lama kan tak dengar kata-kata nista orang yang meyakitkan hati aku.. minggu lepas ada kenduri kahwin kat kampung.. terjumpa sorang makcik ni.. selamba dia smash aku "eyh dah lama kau kawen x beranak-ranak ke lagi????" aku senyum pastu jawab Allah belum nak bagi lagi and terus blah... malas nak melayan makcik kampung yang otak tetap juga macam kampung.... Alhamdulillah sekarang aku dah bole control emosi... lantak la ko nak cakap ape pon.. selagi ko tak hina aku.. tak cakap aku lagi bini mandul sudah.....

Next appointment tak sabar nak jumpa prof nak dengar apa yang dia akan suggest.. and tak sabar nak buat step seterusnya... kalau prof suruh buat iui pon ok jugak.. atau prof nak remove cyst pon aku pasrah... overhaul la segala ape yang kat dalam tu....

InsyaAllah next week lepas jumpa prof tu aku hapdet kat sini ye... untuk TTC'rians terus berusaha ye... kita la superwoman.. semoga Allah beri rezeki yang satu tu suatu masa nanti...


Wednesday, February 8, 2012

pati delima gulsan plus pad herba avail

Assalamualaikum...

minggu lepas dah mula makan pati delima gulsan..tapi kadang-kadang makan sekali kalau rajen makan sehari dua kali.. hubby pon makan jugak.. rasa adalah sangat masam pada aku, tapi hubby ckp tak and sedap..

Aku beli kat alamanda, harga murah aje rm15, naseb baik tak proceed beli online.. sebab harga dia adalah mahal rm30 with postage.. kalo beli sendiri bole dapat dua botol kan..


pix from en gugel


bulan ni jugak aku dah start pakai pad herba avail ni time cik P datang.. baca testimoni dia macam menarik, ada pengguna yang ada cyst and fibroid bole mengecut dengan pakai pad herba ni. biasa la kan.. orang macam aku ni.. bila ade org cakap yang itu ini bagus seboleh-boleh nak cuba jugak. Bau herba dia agak kuat jugak., berbau la orang sebelah kan kalau kita pakai... tapi tak ape lah bau herba ni macam bau ubat aje kan.. bukannye busuk pon.. haha ayat nak sedapkan hati..

itu aje la usaha sebelum appointment dengan doc 23hb ni... kalo result kuar and still kene remove cyst jugak.. ape nak buat serahkan ajela perut ni...



pix from en gugel

Sunday, February 5, 2012

kepayahan...

perkara paling menyakitkan adalah apabila suami tanya dah solat ke belum dan waktu itu aku sedang angkat bendera merah... nak menitik air mata namun aku kuatkan hati...

payah kan menjadi kita-kita ni.. tapi.. tapi... aku tidak pernah lupa bersyukur.. payah aku adalah untuk mengawal emosi, menghalang air mata jatuh... Allah sedang menduga aku.. Allah sedang mengajar aku kuat...

Hari ini cik brown spot sudah menjelma dengan itu usaha berurut bulan lepas adalah gagal...hati memang sudah menjangkakan... maaf en daddy, masih tidak mampu untuk hadiahkan kamu sesuatu yang lebih indah...

23 FEb, ade appointment di rumah putih... tunggu saja ape kata doc... sekarang tengah amalkan makan pati delima setiap hari..usaha tanpa henti... mana tahu Allah akan dengar rintihan ini tahun ni...

Friday, January 20, 2012

berurut

Assalamualaikum..

salam hari jumaat... yeayyy esok dah cuti, pastu empat hari pulak tu... surgaaaa..

Semalam selesai sudah tiga hari berturut-turut aku berurut dengan makyong. so far Alhamdulillah badan rasa sedap kurang la lenguh-lenguh.. ketiga-tiga hari tu aku pergi sendiri aje en daddy tak teman kan. aku pegi dari office terus, sebabnya makyong ni berurut sampai pukol enam sahaja, tapi makyong cakap pukol enam lebih sedikit tak ape. lagi satu aku rasa rumah makyong ni macam orang lelaki tak bole masuk pasal masa aku call, makyong ade cakap kalau datang dengan suami, suami kene tunggu kat bawah aje, mungkin jugak sebab makyong mengurut kat ruang tamu bukan dalam bilik macam aku berurut dengan kak moi dulu.

Hari pertama aku macam takut-takut sikit bukan takut ape, aku takut sakit je.. tapi sebab rakan blogger yatt cakap tak sakit kira berani jugak la. anak punya pasal aku gagahkan jua. Makyong ni ok, bole ajak berborak pastu sebab berurut kat ruang tamu bole la tengok tv kan. Makyong urut memang tak sakit pon, hari kedua macam tu jugak datang-datang terus salin baju serah badan. lupa nak cakap sebelum mengurut makyong ada mintak nama mak, mak mertua and nama suami, aku rasa makyong nak baca doa. Hari last mengurut (semalam) makyong ade bekalkan kacang, aku pon tak pasti kacang ape, tapi rasa macam kacang kuning yang buat rebus tu. Mak yong suruh rendam tujuh biji semalaman pagi tu kene makan sekali dangan air rendam tu sambil selawat sebelum breakfast. kene amalkan selama empat puluh hari berturut-turut. aku dah buat pon pagi tadi. Rasa dia tak de la teruk sangat hihi..

Sebelum balik rumah semalam, mak yong ada cakap biasanya kalo belum rezeki kene datang tiga bulan berturut sebab ade lain-lain bacaan doanya. Total tiga hari berurut RM 175.00 sehari rm50 yang balance rm25.00 duit kacang yang makyong bekalkan tu.

Macam biasa kene pujuk hati jangan terlalu berharap, jika Allah berkenan beri rezeki untuk cycle ni.. syukur Alhamdulillah jika tidak harus cuba lagi... semalam jugak aku start makan vitamin from shaklee (GLA).

Semoga ada sinar baru untuk tahun ini.. sama-sama ye kita usaha TTC'ans... selamat bercuti...

Sunday, January 15, 2012

kadang-kadang terasa...

sakitnya....

"makan hati berulam jantung"....

sesekali terasa letih...

Friday, January 13, 2012

entry pertama 2012

Assalamualaikum... salam jumaat penghulu hari..

dah berbulan hilang tanpa meninggalkan jejak di blog kesayangan.. bersawang sudah... Entry pertama di tahun baru 2012.

kalau entry sebelum ni aku ada cakap nak tukar doc kan..kan..kan.. tapi setelah aku pikir sebaik mungkin, mengira kos, duduk depan cermin tanya diri sendiri... Alhamdulillah aku sudah dapat keputusannya.. memandangkan aku memang tidak punya uwang yang mencukupi dalam erti kata lain aku tidak mampu jadi aku dan hubby telah membuat keputusan untuk meneruskan saja rawatan di HUKM, yang penting niat dan semangat...

Semalam chek-up pertama aku dalam tahun 2012, kuar umah awal pagi tapi sampai cheras tetap tersangkut dalam jem jugak. sejam hokay duk atas jalan, padahal dekat aje. sampai HUKM pukul 8.30am. confirm la kan parking nan hado... oleh kerana hubby ade simen analisis pagi tu dulu, aku suruh dia pegi MAC then aku duk jaga kete. satu jam jugak la aku duk pusing-pusing cari parking.. memang hazab..

settle dapat parking kene tunggu satu jam nak amik result sperm tu pukol doblas ade appointment dengan doc. melangut la duk duduk sepital tunggu sampai pukul doblas.. kalo ade sedara mara yg sakit bole jugak melawat kan..

Pukul 2.15pm no giliran pon di panggil... doc tanye dah makan clomid bape cycle, aku terus ckp 5 cycle and ada lagi satu cycle kat aku yg sepatutnya kene mkn hari ni, tapi aku tak nak makan, aku cakap lagi kat doc yang aku dah tak nak makan clomid.. pasal disebabkan clomid kepala aku hampir botak... gile rambut luruh macam daun pokok gugur time musim kemarau.. aku memang nekad tak nak makan clomid itu lagi...

doc tanye pasal HSG semo then doc ckp nak refer case aku pegi MAC sebab nak suruh proceed IUI. tapi.. bila doc cek balik report aku yang lepas-lepas tu doc perasan result darah aku macam ade problem. doc cakap ape entah yang tinggi, doc suruh aku amik darah semula kalau darah aku still tak ok doc kene remove cyst tu baru proceed iui. 28 feb ni tahu lah resultnya.. Apa pun rasanya InsyaAllah aku dah bersedia kalau operation untuk buang cyst tu jalan penyelesaiaannya aku redha..

Alhamdulillah pukol 3pm settle semua.. next week plan nak pegi berurut dah buat appoinment pon dengan makyong tukang urut kat presint 16 tu. hope semuanya ok... untuk semua kawan-kawan ttc sama-sama ye kita usaha.. harap tahun baru ni ada berita gembira.. tahniah untuk aisyah atas berita gembira tu... sila jaga diri sebaik mungkin : )...