Thursday, March 29, 2012

update..

Assalamualaikum...

doc Mohan baru lepas call.. InsyaAllah 13 april adalah tarikhnya...
Tapi... doc cakap prof tak buat laps.. tapi operation... doc ckp belah melintang.. ok skang dah takut banyak..

Ingat tak nak beri tahu mak.. tapi dah call pon sambil nagis-nagis bercakap... Ya Allah permudahkan lah segalanya.. berilah aku kekuatan.. amin...

Wednesday, March 28, 2012

jika itu jalannya..

Assalamualaikum...

hari ni dua puluh lapan march.. awal pagi aku dah keluar rumah.. macam biasa tiap kali kalau ada appointment pagi, harus la keluar rumah selepas subuh.. jalan dari kajang ke HUKM adalah sangat mencabar tahap kesabaran.. itu pon.. masih terperangkap dalam kesesakkan jugak.. pukul enam setengah pagi keluar sampai HUKM adalah pada pukul tujuh lima puluh lima.. padahal tak la jauh mana kan..

sepatutnya hari ni jumpa prof zainul tapi disebabkan prof ada exam doc mohan yang gantikan...doc mohan pon sangat la frendly plus amatla soft spoken... doc bukak semula fail aku and cek semua report from bulan April last year.... Dalam hati mengharapkan supaya tak ada apa-apa dan boleh terus proceed iui... tapi.. rencana Allah tak siapa pernah tahu...

Macam dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan doc mohan cakap.. dan aku sentiasa pujuk hati walau apa sekali pon jalannya.. pikir saja itu adalah yang paling terbaik Allah tentukan.. doc Mohan bagi tahu.. cyst aku kena buang dulu sebelum buat iui.. doc mohan tak puas hati dengan result scan last month.. macam biasa tadah perut untuk di scan..

jalannya adalah tetap sama.. cyst harus di buang.. doc mohan cakap size cyst tu agak besar jugak..ditambah pula dengan fibroid yang ada, doc mohan tetap cakap aku harus di Laparoskopi kan...dalam hati?? tak tahu nak kata apa yang aku rasa.. rasa risau, takut, happy, sedih semua bercampur baur.. doc cakap cyst aku tu memang menggangu kesuburan aku pasal dia bukan cyst yang dalamnya ada air tu... and kalau aku ade rezeki pregnant pon doc takut beby tak kuat, takut janin akan gugur..

sekarang bila taip entry ni.. baru hati rasa sebak.. last aku masuk hospital pon lima tahun lepas.. tu pon sebab demam denggi and paling penting setiap saat mak sentiasa kat sebelah aku..dan sekarang.. aku dah jauh dewasa tetapi dalam hati tetap mahukan mak..., mak memang faham sangat, aku anak paling penakut kalau nak pegi hospital.. tengok darah pon pengsan okay..seperti biasa harus bertabah.. TTC macam aku ni kan superwoman.. hati kuat jiwa kental.. ape la sangat tebuk dua tiga lubang kat perut tu kan dari rasa sakit melahirkan....

pas ni nak gugel pasal laparoskopi and endometriosis.. harus la study kan...

selamat malam TTC'riansss....


Wednesday, March 21, 2012

masih sama seperti yang lalu

Assalamualaikum...

dah sebulan rasanya tak tulis apa-apa dekat sini.. perasaan masih seperti yang dulu.. masih seperti dua tahun yang lalu.. pagi ni terlihat kawan post kat fb pasal persediaan beliau sebagai bakal ayah.. aku senyum tapi dalam hati tetap Allah sahaja yang maha tahu..

23 Feb yang lepas aku ada temujanji dengan doc O&G dekat HUKM nak tahu result darah ok ke tak... Alhamdulillah ok.. doc cakap size cyst pon tetap maintain tak membesar.. agaknya sebab aku amalkan pati delima plus dah mula pakai pad n panty liner herba tu.. and makan GLA from shaklee jugak.. syukur Ahamdulillah.. doc pon dah refer case aku pada Medically Assisted Conception Unit (MAC) dan lepas ni semua appoinment aku dah tak pegi klinik O&G lagi... Aku pilih Prof Zainul untuk sambung treatment kat MAC ni.. hope semuanya akan baik-baik aja.... semoga Allah beri rezeki tahun ini... first appointment dengan prof rabu next week 28hb.

Bulan ni tak ada apa sangat yang aku buat.. aku just amalkan diet sihat dan senaman je.... lama jugak la dah tak makan fast food.. rindu... life pon biasa-biasa aja, dah lama kan tak dengar kata-kata nista orang yang meyakitkan hati aku.. minggu lepas ada kenduri kahwin kat kampung.. terjumpa sorang makcik ni.. selamba dia smash aku "eyh dah lama kau kawen x beranak-ranak ke lagi????" aku senyum pastu jawab Allah belum nak bagi lagi and terus blah... malas nak melayan makcik kampung yang otak tetap juga macam kampung.... Alhamdulillah sekarang aku dah bole control emosi... lantak la ko nak cakap ape pon.. selagi ko tak hina aku.. tak cakap aku lagi bini mandul sudah.....

Next appointment tak sabar nak jumpa prof nak dengar apa yang dia akan suggest.. and tak sabar nak buat step seterusnya... kalau prof suruh buat iui pon ok jugak.. atau prof nak remove cyst pon aku pasrah... overhaul la segala ape yang kat dalam tu....

InsyaAllah next week lepas jumpa prof tu aku hapdet kat sini ye... untuk TTC'rians terus berusaha ye... kita la superwoman.. semoga Allah beri rezeki yang satu tu suatu masa nanti...