salam hari jumaat... yeayyy esok dah cuti, pastu empat hari pulak tu... surgaaaa..
Semalam selesai sudah tiga hari berturut-turut aku berurut dengan makyong. so far Alhamdulillah badan rasa sedap kurang la lenguh-lenguh.. ketiga-tiga hari tu aku pergi sendiri aje en daddy tak teman kan. aku pegi dari office terus, sebabnya makyong ni berurut sampai pukol enam sahaja, tapi makyong cakap pukol enam lebih sedikit tak ape. lagi satu aku rasa rumah makyong ni macam orang lelaki tak bole masuk pasal masa aku call, makyong ade cakap kalau datang dengan suami, suami kene tunggu kat bawah aje, mungkin jugak sebab makyong mengurut kat ruang tamu bukan dalam bilik macam aku berurut dengan kak moi dulu.
Hari pertama aku macam takut-takut sikit bukan takut ape, aku takut sakit je.. tapi sebab rakan blogger yatt cakap tak sakit kira berani jugak la. anak punya pasal aku gagahkan jua. Makyong ni ok, bole ajak berborak pastu sebab berurut kat ruang tamu bole la tengok tv kan. Makyong urut memang tak sakit pon, hari kedua macam tu jugak datang-datang terus salin baju serah badan. lupa nak cakap sebelum mengurut makyong ada mintak nama mak, mak mertua and nama suami, aku rasa makyong nak baca doa. Hari last mengurut (semalam) makyong ade bekalkan kacang, aku pon tak pasti kacang ape, tapi rasa macam kacang kuning yang buat rebus tu. Mak yong suruh rendam tujuh biji semalaman pagi tu kene makan sekali dangan air rendam tu sambil selawat sebelum breakfast. kene amalkan selama empat puluh hari berturut-turut. aku dah buat pon pagi tadi. Rasa dia tak de la teruk sangat hihi..
Sebelum balik rumah semalam, mak yong ada cakap biasanya kalo belum rezeki kene datang tiga bulan berturut sebab ade lain-lain bacaan doanya. Total tiga hari berurut RM 175.00 sehari rm50 yang balance rm25.00 duit kacang yang makyong bekalkan tu.
Macam biasa kene pujuk hati jangan terlalu berharap, jika Allah berkenan beri rezeki untuk cycle ni.. syukur Alhamdulillah jika tidak harus cuba lagi... semalam jugak aku start makan vitamin from shaklee (GLA).
Semoga ada sinar baru untuk tahun ini.. sama-sama ye kita usaha TTC'ans... selamat bercuti...