Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 28, 2012

jika itu jalannya..

Assalamualaikum...

hari ni dua puluh lapan march.. awal pagi aku dah keluar rumah.. macam biasa tiap kali kalau ada appointment pagi, harus la keluar rumah selepas subuh.. jalan dari kajang ke HUKM adalah sangat mencabar tahap kesabaran.. itu pon.. masih terperangkap dalam kesesakkan jugak.. pukul enam setengah pagi keluar sampai HUKM adalah pada pukul tujuh lima puluh lima.. padahal tak la jauh mana kan..

sepatutnya hari ni jumpa prof zainul tapi disebabkan prof ada exam doc mohan yang gantikan...doc mohan pon sangat la frendly plus amatla soft spoken... doc bukak semula fail aku and cek semua report from bulan April last year.... Dalam hati mengharapkan supaya tak ada apa-apa dan boleh terus proceed iui... tapi.. rencana Allah tak siapa pernah tahu...

Macam dah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan doc mohan cakap.. dan aku sentiasa pujuk hati walau apa sekali pon jalannya.. pikir saja itu adalah yang paling terbaik Allah tentukan.. doc Mohan bagi tahu.. cyst aku kena buang dulu sebelum buat iui.. doc mohan tak puas hati dengan result scan last month.. macam biasa tadah perut untuk di scan..

jalannya adalah tetap sama.. cyst harus di buang.. doc mohan cakap size cyst tu agak besar jugak..ditambah pula dengan fibroid yang ada, doc mohan tetap cakap aku harus di Laparoskopi kan...dalam hati?? tak tahu nak kata apa yang aku rasa.. rasa risau, takut, happy, sedih semua bercampur baur.. doc cakap cyst aku tu memang menggangu kesuburan aku pasal dia bukan cyst yang dalamnya ada air tu... and kalau aku ade rezeki pregnant pon doc takut beby tak kuat, takut janin akan gugur..

sekarang bila taip entry ni.. baru hati rasa sebak.. last aku masuk hospital pon lima tahun lepas.. tu pon sebab demam denggi and paling penting setiap saat mak sentiasa kat sebelah aku..dan sekarang.. aku dah jauh dewasa tetapi dalam hati tetap mahukan mak..., mak memang faham sangat, aku anak paling penakut kalau nak pegi hospital.. tengok darah pon pengsan okay..seperti biasa harus bertabah.. TTC macam aku ni kan superwoman.. hati kuat jiwa kental.. ape la sangat tebuk dua tiga lubang kat perut tu kan dari rasa sakit melahirkan....

pas ni nak gugel pasal laparoskopi and endometriosis.. harus la study kan...

selamat malam TTC'riansss....


5 comments:

Suzila said...

Xpe...kita berserah je pd Allah. Mana tahu mmg betul itu caranya. Kalau tak buat..kita tak tahu. Sakit or tak belakang cerita. Tawakal n doa byk2 ok...agar proses itu berjalan lancar dan paling penting berjaya.

AMINNN

Mom To be said...

awak pun ngan prof zainol ye..jgn risau ek..dulu sy lg kena laparotomy... tp cpat je sembuh...sy pun under prof zainul..tp sy buat ivf...

sue said...

suzi : amin.. thnks suzie :)

mom to be : haah sy buat ngn prof zainul.. baru je 1st appointmnt sebelum ni pegi klinik O&G je. thnks awak... :)

~LeeyanaRadhi~ said...

awak memang wanita kuat dan tabah sue..

semua yang diaturkan adalah yg terbaik buat sue.

semoga baik2 aje.. =)

sue said...

leeyana : amin... semua wanita TTC tu adalah berjiwa besar dan tabah.. kuat juga hatinya :) terima kasih..