Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 22, 2008

kebosanan sudah

dah lama x tulis blog ni, bukan ape susah sebenarnya aku nak cari ilham nak menulis, aku ni bukan lah teror sangat dalam bab tulis menulis ni... teringat aku kat fauzi... dia penah cakap kat aku "ala orang yang tulis blog ni xde life ye la semo perasaan nak share ngan orang" mmm ade ke patut dia cakap macam tu tp pada aku ape yg aku tulis bukan bermakna aku tak ade kehidupan aku sendiri lagi pon bukan semo kita nak kongsi.. rahsia tetap rahsia ape daaaa

hari jumaat selalunya aku memang tak ade mood dah nak kejooo almaklumlah kepala ni dok pikir tilam bantal kat umah bestnye dapat tido lame2 zzzzz huhuhu. tapi malam ni aku ikut DEAR balik JB mmmm sebenarnya aku malu+segan nak ikut DEAR tapi bila tanye mak, mak pon suh aku ikut katanye nak suh aku beramah mesra ngn family DEAR... aku bukan ape kang aku jadi batu dok keras je time aku jupe family DEAR tu... tak pasal-pasal dorang cakap aku sumbung pulak nanti. tapi... tak ape la aku pon sebenarnya jenis yang banyak cakap cuma aku susah nak bercakap bila orang yang aku jupe tu pon x banyak cakap hohohoho


Dah seminggu bergelar tunangan orang ni cam biasa je aku rasa... ramai gak yang tanye "ape ko rasa dah jadi tunangan orang ni??" jawapannya..... serooooonnooookkk la beb aku tak penah aku rasa ade orang care macam ni... sayang sangat deh DEAR kat aku... tiap pagi ade orang kejut....tiap malam ade orang wish gud nite.... setiap masa ade orang ingatkan aku pada kewajipan lima waktu aku....n paling penting aku dah tak payah susah-susah untuk mencari lagi... aku dah tau DEAR orangnya... hanya DEAR...pasti DEAR...

Syukur semuanya dah selesai Alhamdulillah semoga keluarga DEAR bole menerima aku seadanya.... kat bawah ni ade beberapa pix pertunangn aku tempoh hari... 160808 (08 + 08 = 16)


Thursday, August 14, 2008

Doa Untuk Cinta










Bingkisan Doa.





Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…

Dan ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku…
Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
agar aku bahagia…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku…
kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai…
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Wednesday, August 13, 2008

hari baru

Pertama kali tulis blog ni... aku tak la pandai sangat dalam bidang penulisan ni tapi aku cuba jgak...mmm hari ni hari terakhir aku bekerja dalam minggu ni.Esok aku dah mula bercuti, tapi hari ni mood nak bekerja tu mmg xde lansung rasa malas la nak buat keje kepala ni dah dok ingat kat kampung halaman terchenta je... cam ne la persiapan dorang tuk majlis aku sabtu ni hehe...

harap semuanya akan berjalan dengan lancar... majlis yg aku maksudkan tu adalah majlis pertunangan aku.... rasa pantas je semuanya jadi.tak sngka aku dah nak jadi tunangan orang dan aku pasti ramai kawan2 dan saudara mara terkejut dengan berita ni huhu... ye la aku ni kawan punya la ramai sampai dorang tak tahu siapa bf aku yang sebenar....tup2 tau-tau je aku dah nak kene ikat haha...tapi pada aku ape pon yang akan mereka katakan aku dah tak ambil kisah sebabnya aku dah dapat apa yang aku mahukan selama ni...chenta hati yang amat memahami....

Aku sangat bersyukur kerana Tuhan dah temukan aku dengan seorang yg sangat memahami... dah sekarang baru aku sedar kenapa selama ni Tuhan selalu uji aku dengan kesedihan sebabnya Tuhan nak beri aku hadiah....hadiah yang tak ternilai harganya...yang tak mampu aku beli dengan berjuta... juta wang pon... hadiah tu chenta hati aku la Abd Rahim Md Jamil... syukur alhamdulillah....

Untuk Dady... Terima kasih kerana menerima aku apa adanya...

- Terima Kasih Cinta By Afgan -
Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta
untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan