Wednesday, January 6, 2010

hari ke-6 2010

post pertama di tahun 2010... agak lame aku tak tulih pape kalo ade posting pon aku tepek gambar banyak-banyak... banyak sebenarnya perkara berlaku seminggu dua ni cuma aku pon tak pasti patut ke aku tulis kat dalam blog ni...kalo ikutkan nak je aku tulis semua nak-nak bile aku tak de sape-sape tuk luahkan segala ape yang terbuku di hati... tapi bile aku pikir baik buruknya aku lupakan je biar la aku simpan dalam hati.... mane yang aku tak mampu nak campak jauh tu aku terpaksa bekukan kat hati, jiwa dan otak ni.... biar aku saja yang tahu...

~~~

Banyak sebenarnya yang aku harapkan pada tahun baru 2010 ni... Alhamdulillah hampir semo Azam dan niat 2009 aku dapat sempurnakan mane yang aku gagal tu InsyaAllah aku bawak ketahun 2010 harap bole lah aku langsaikan. 2010 ni aku nak bayak coolkan hidup aku ni sebab aku rasa tahun lepas bayak sangat perkara yang aku buat dalam keadaan gelabah... melulu tak pikir panjang akhir kesudah banyak gak perkara yang buat aku kesal menyesal tak sudah...
2010... aku nak built keluarga aku rumahtangga aku paling penting harap-harap Tuhan bagi rezeki zuriat kat aku InsyaAllah.... Walaupon awal tahun baru ni dah bayak gak air mata aku yang tumpah tapi aku berazam aku nak banyak ketawa dr melalak tahun ni...aku rasa cukup dah aku pentingkan orang tahun ni aku nak pentingkan diri sendiri plak.. tapi dalam kadar berpada-pada la...

~~~

Last sekali aku bersyukur sebab 2009 banyak mematangkan aku... Semoga 2010 akan jadikan aku lebih matang dan kuat... Semoga aku tabah untuk hadapi cabaran 2010... Amin

1 comment:

Aishah Rahim said...

sue, saya doakan tahun 2010 akan jadi tahun terbaik awak. insya-allah, untuk kita semua. amin. :)