Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 4, 2010

entry setahun

Assalamualaikum semua...lama sungguh tak post entry...

Esok... "LIMA JUNE" ulang tahun perkahwinan yang pertama.... kejap je masa berlalu masih terbayang-bayang saat mahu dinikahkan..terbayang-bayang saat perih jerih menyiapkan persiapan..owhh aku sangat rindukan saat itu...Alhamduillah pada usia perkahwinan yg baru setahun jagung ini "aku bahagia" namun aku tahu masih banyak dugaan yang bakal mendatang....
Untuk Suamiku "Abd Rahim Md Jamil" terima kasih kerana menjadikan aku salah seorang isteri yang amat bahagia di dunia ini...terima kasih sayang








Untuk Suami ku...

Assalamualaikum sayang...

Alhamdulillah dengan izin-Nya sudah setahun kita menjadi suami isteri...walau banyak dugaan yang kite tempuh bersama saya amat bersyukur kerana telah dijodohkan hidup bersama kamu...walau kite belum dikurniakan rezeki anak tapi aku bertuah kerana dikurnikan seorang suami yang sentiasa menjadi tulang belakang..yang sentiasa menjadi pendorong serta sentiasa meminjamkan bahu untuk aku mengadu segala perasaan kecewa dan kesedihan.. terima kasih sayang...

Setahun hidup bersama..hidup kita penuh dengan warna-warna kebahagian...hidup kita penuh dengan tawa girang...penuh dengan senda gurauan...Syukur Tuhan.. kau telan menghadiahkan aku seorang Suami yang selalu membuat aku tersenyum...yang selalu membuat aku ketawa...
kamu bukan saja seorang suami tetapi..segalanya..teman dikala sunyi..penghibur dikala bosan...pendengar setia dikala memerlukan... terima kasih sayang menerima segala baik buruk ku..menerima segala cacat cela ku...




Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Pertama SAYANG....cinta saya pada kamu sangat kuat...semoga perkahwinan kita akan kekal bahagia hingga akhir hayat

lirik lagu ini untuk kamu sang suami...
Ku Ada Kamu
kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan...
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

1 comment:

nurul aziyana said...

comelnyer kad anniversary..kita xbg kad pun kt hubby...huhuhuh..buat ucapan kt fb jerk