Wednesday, February 9, 2011

si talam dua muka bermulut longkang...

Asslamualaikum....

seminggu tak hayun jari kat sini, last week balik JB agak kesibukkan. hari ni nak cerita pasal si talam dua muka yang mulut busuk bau longkang tersumbat. Orang tua-tua ada cakap kan jangan terlebih baik sangat dengan orang kelaknya memakan diri hihi... tu la susah kan kita nak jumpa orang jujur kat dalam dunia ni, biarpon orang tu kita dah kenal berpuluh tahun pon belom tentu mulutnye wangi...

macam aku, tak dinafikan aku suka jugak bergosip-gosip ni haha biasanya haruslah kene ade kawan kan dan kawan tu mesti la manusia.. bukan tembok ataupon nyamuk...hurmm tapi kadang-kadang aku tak pikir pon apekah orang yang selalu aku bergosip tu akan menyimpan segala ape cerita yang di gosipkan.. kan..kan.. sekali aku pegi cerita kat dia kang dia pulak pegi menyampaikan kat orang lain macam ahli mesyuarat tingkap...

Aku paling benci dan mintak dijauhkan la dari manusia macam ni... memang mulut kau macam haprak longkang... nak-nak kalau muka kau punya la suci lemah lembut tapi hati kau kotor nak mampus kan.. sumpah la memang aku tak hingin nak berkawan dengan kau... kaki tak bole simpan rahsia orang.. gunakan cerita aku untuk tarik perhatian... untuk menampak kan kau tu alim... bulll shitt la...

Ade pulak tu kan, depan aku punya la baik... cakap bukan main manis, tapi kat belakang aku kau kutuk aku cam ape je kan... padahal bila bergosip ko jugak yang bukan main mengutuk.. haha manusia-manusia diluar sifat aku tu... sebab aku ni bukan la baik sangat..takde la alim mana tapi tak de la macam talam, takde la nak menyampai-nyampaikan...paling tidak pon aku sampaikan kat laki aku je...

Susah sangat sebenarnya nak kenal hati budi orang ni, banyak benar topeng dorang guna... make up pon berkoyan-koyan tepek kat muka...mulut dah sarat dengan gula-gula. Harap dijauhkan lah aku dengan manusia bertalam-talam dan bermulut longkang...


1 comment:

Suzila said...

Sabor2... hehe
Ramai kot spesis cm gini kt muka bumi. Spesis tak boleh pakai.
Jenis sama2 mengutuk2...tp last2 kite kne kutuk blk.

Apa2 pn....mari beramai2 menghindari si talam muka bermulut longkang. (^___^)