Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

broga hill - kenangan terindah

Assalamualaikum dan selamat pagi...

lama jugak tak menepek gambar kat dalam blog kesayangan hamba
ni... Ahad lepas aku dan kawan-kawan mymanutd gegirl telah mengadakan aktiviti memanjat broga hill... penat jangan cakap la kan memang tak hengat, hampir putus asa jugak la aku nak sampai ke puncak.

Tapi... banyak kenangan kat sana dengan kasut aku buat hal, bole pulak kan tapak kasut aku tercabut time tengah-tengah mendaki tu... nasib baik en daddy setia menyokong.. sanggup dia bangun awal untuk support aktiviti wifey dia... Pendakian ini betul-betul buat aku terasa macam time-time sekolah je.... rasa la semangat persahabatan tu kuat...kira berbaloi penat lelah mendaki.. jiwa tenang memang hilang semua stress bila sampai kat atas... Ya Allah cantiknya alam ciptaan Mu. aku copy trivia from mymanutd forum yang telah disediakan oleh ketua bodyguard en ephol credit to him :-

1.) Sumer yg nak mendaki mula berkumpul kat perkarangan Masjid Semenyih.. Julia solat subuh berjemaah hari nih, selalu solat sensorang...

2.) Sebelum mula pendakian, bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Guki..

3.) Pendakian bermula lebih kurang 6.50 pagi. Sumer bergerak dalam 1 group.

4.) Separuh perdakian, dah jadi 3 group... Group Fit lead the way... Group Fit Sedang-Sedang follow dari belakang.... Group Fit Tak Fit jalan dihujung talian...

5.) Ada sorang peserta siap bleh tido lagi kat atas batu di tengah2 pendakian curam sbb pancit...

6.) Group MyManUtd berhenti berkelah (bleh ke guna perkataan nih) kat puncak ke-2 sbb dah tak larat nak ke puncak tertinggi...

7.) Walaupun cuba dielakkan, namun ada juga insiden yg tidak diingini telah berlaku... Pertama : Tapak kasut Mrs Guki tercabut semasa mendaki... Kedua : Tali kasut sis ct (princess red devil) asik terbukak semasa pendakian....

8.) Ada yg sampai setelah 45minit group lain berkelah kat atas... alasan, tali kasut asik terbukak sehingga mengganggu kelancaran dia mendaki...

9.) Hanya separuh dari perserta yg sampai ke puncak yg paling tinggi... yg lain lepak kat tempat berkelah...

10.) ramai yg main gelongsor ala2 Sunway Lagoon masa turun...

11.) Naik muntah, turun dgn gembira...

12.) RAMAI-RAMAI SANGKUT DALAM JAMMED KAT PEKAN SEMENYIH MASA BALIK...

..... okeh masa untuk tepek pix pula... layan...
























*amik kau dah lame tak tepek pix... sekali tepek berpuluh-puluh.. sabar je la*

Monday, March 21, 2011

tentang perasaan

Assalamualaikum... salam hari isnin

hari ni badan rasa sengal-sengal, tekak pula rasa macam nak batuk biasa la nama pun hari isnin.. macam-macam la...

macam biasa keje tak banyak sangat jadi haruslah masa-masa begini digunakan dengan perkara yang berfaedah... tajuk entry hari ni tentang perasaan jadi haruslahlah bercerita soal perasaan...sejak akhir-akhir ini aku banyak terdengar cerita tentang perpisahan, tentang kasih sayang, tentang rindu-rinduan...

malam tadi tidur malam agak terganggu pusing kanan dan kiri masih jugak belum mampu nak lelapkan mata... jadi fikiran pon melayang-layang fikirkan macam-macam...selalunya aku kerap menjadi pendengar setia untuk kawan-kawan yang punya permasalahan tapi sape yang tahu aku sendiri sebenarnya punya masalah yang bertimbun atas kepala...

berbalik kepada tentang perasaan aku sebenarnya nak cerita tentang rasa kasih dan sayang.. rasa cinta dan benci.... sekarang aku rasa bahagia tapi tak pernah pon terfikir mungkin esok, lusa bulan depan atau dua tahun lagi Tuhan tarik kebahagiaan aku... sekarang aku punya suami yang amat menyayangi aku... tapi aku tak pernah terfikir mungkin suatu hari nanti rasa sayang.. rasa cinta tu akan berkurangan... akan mati... sape pon tak pernah tahu kan... aku sendiri pon tentang perasaan ... mungkin hari ini aku pasti aku akan mencintai.. menyayang dia seorang sepanjang hayat... tetapi siapa yang berani melawan takdir Tuhan...

Sesiapa pon tak mampu untuk melawan atau mempertikaikan takdir Tuhan... aku sendiri tidak pasti lama mana dan sampai bila Allah meminjamkan kebahagiaan aku bersama dia... mungkin suatu hari nanti orang ketiga mampu mengugat semuanya... pasti nya waktu tu perasaan kasih, sayang, cinta akan perlahan-lahan pergi..akan sedikit demi sedikit hilang.. siapa la kita untuk menghalang.. kuat mana kita untuk tepis perasaan itu???... Cuma aku sebagai hambanya hanya mampu berdoa dah berusaha melakukan yang terbaik agar benih-benih cinta.. tunas-tunas sayang itu akan sentiasa segar dan bercambah...

tentang perasaan benci pula...bila dah tak sayang semuanya tak indah, semuanya tak manis, semuanya tak sedap...semuanya bermula dengan satu sebab 'dah tak sayang'... padahal dahulu yang tak indah pon menjadi seindah-indahnya... bila sudah hilang perasaan sayang mulalah keluar macam-macam alasan.. rasa tidak mampu membahagiakan la.. rasa si dia lagi berhak dapat pasangan yang lebih baik la... pendek kata ayat nak lari dari tanggapan orang yang dia tak bersalah dan turut kecewa... tapi kadang-kadang alasan tu boleh diterima jugak sebab aku jugak pernah berada di dalam situasi seperti itu... memang 'meninggalkan adalah lebih perit dari ditinggalkan' itu kalo kita masih tidak punya orang lain, terpaksa melepaskan demi kebahagiaan masing-masing... kalau ade orang ke tiga tu memang kejam dah harus kene sumpah la kan... kau tabur rasa sayang, rasa cinta bila orang dah giler sayang kau tinggalkan...memang harus kene benci sampai mati....walau bagaimana pun memaafkan adalah terapi terbaik untuk mendapat ketenangan.

dulu masa muda remaja mak selalu pesan 'kawenlah dengan orang yang lebih mencintai kita, lebih menyayangi kita' tapi bila dah kawen dengan orang yang lebih mencintai kita.. agak-agak lepas kawen dia lebih mencintai kita atau sebaliknya...??? semoga semuanya berakhir dengan yang indah-indah sahaja...

Hari ni mood agak sayu...teringat pada seseorang yang agak rapat di hati melalui hari-hari kekecewaan kerana 'perasaan'... usaha la sekuat mana pon tapi bila perasaan sayang yang dulu kuat yang dulu hangat telah hilang... percaya lah semuanya pasti akan berakhir jua... semoga kasih sayang, cinta akan tetap utuh berdoalah semoga Allah meminjamkan orang yang kita kasihi hingga ke akhir hayat...


Thursday, March 10, 2011

buang jauh-jauh

Assalamualaikum...

semalam banyak dapat khabar gembira dari teman-teman... ada yang sudah berisi.. ada jugak yang sedang menunggu hari indah... Alhamdulillah tahniah untuk mereka-mereka semua...

Aku pun ade khabar juga tapi khabar biasa saja... si MERAH datang juga bulan ini...tak mengapa aku redha... bermakna aku kene teruskan rancangan untuk berkunjung kerumah PUTIH dua minggu lagi... kali ini aku sudah nekad, walau perasaan takut membelenggu aku... kali ini aku harus campak jauh-jauh perasaan itu... memang dari kecil aku ni penakut nak jejakkan kaki ke rumah PUTIH tu... seumur hidup, baru sekali aku menginap di sana.. itu pon mak yang temankan siang dan malam...

Setiap hari aku akan google cari info.. tak kurang membaca forum.. membaca keluh kesah mereka yang senasib dengan aku. mencari kaedah rawatan yang paling bersesuaian dengan masalah aku. Alahamdulillah kerana ada teman senasib yang berkongsi info... berkongsi perasaan tak lupa juga menghadiahkan kata-kata semangat dan sokongan.. itu yang aku sangat perlukan saat ini.

Aku harap aku akan terus kuat...semoga Allah akan memberikan aku sejuta kekuatan..sejuta ketabahan...mahu buang jauh-jauh rasa takut itu dan yakin aku mampu melalui semua itu amin...

Thursday, March 3, 2011

Laparoscopy dan ovarian cyst

Assalamualaikum semua....

lately aku banyak buat research pasal pregnancy... tgok dah kawen setahun sembilan bulan baru sibuk nak kaji itu ini kan... sebenarnya sebelum ni aku dah ade cari maklumat sikit-sikit kenapa susah sangat nak pregnant cuma aku tak serius...macam suam-suam gitu... kali ni aku nekad nak cari puncanya...Aku godek-godek terjumpa pulak blog dc ni... banyak maklumat yang aku dapat... menguatkan lagi semangat aku untuk terus berusaha... ini link blog dr Zubaidi .sape-sape yang punya nasib seperti aku bole la tengok blog dr zubaidi ni...sangat berguna

Aku nak post sedikit sebanyak pasal Laparoscopy dan Ovarian cyst *sebab setiap kali period aku selalu mengalami sengugut yang agak teruk* yang aku dapat melalui hasil google.


Laparoscopy

Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoscopy selalunya digunakan untuk:

  • merawat salur fallopian yang bermasalah
  • membuang parut dalam pelvis
  • merawat endometriosis
  • membuang ovarian cyst
  • Siapa yang memerlukan laparoscopy?

    Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:

    • Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
    • Masalah senggugut
    • Masalah sakit perut yang berpanjangan
    • Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound

    Bagaimana prosedur dibuat?

    Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

    Komplikasi

    Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

    Komplikasi termasuklah:

    • Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
    • Luka pada salur darah
    • Perdarahan dalaman
    • Jangkitan kuman
    • Reaksi terhadap ubat bius
    • Hernia

    Selepas laparascopy

    Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.


    Ovarian Cyst

    Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

    Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

    Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

    Jenis-Jenis Cyst

    Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

    Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

    Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

    Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

    Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

    Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

    Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

    Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

    Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

    Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


    *Terima kasih pada portal.alamhamil.com... sumber yang sangat berguna*