Thursday, March 3, 2011

Laparoscopy dan ovarian cyst

Assalamualaikum semua....

lately aku banyak buat research pasal pregnancy... tgok dah kawen setahun sembilan bulan baru sibuk nak kaji itu ini kan... sebenarnya sebelum ni aku dah ade cari maklumat sikit-sikit kenapa susah sangat nak pregnant cuma aku tak serius...macam suam-suam gitu... kali ni aku nekad nak cari puncanya...Aku godek-godek terjumpa pulak blog dc ni... banyak maklumat yang aku dapat... menguatkan lagi semangat aku untuk terus berusaha... ini link blog dr Zubaidi .sape-sape yang punya nasib seperti aku bole la tengok blog dr zubaidi ni...sangat berguna

Aku nak post sedikit sebanyak pasal Laparoscopy dan Ovarian cyst *sebab setiap kali period aku selalu mengalami sengugut yang agak teruk* yang aku dapat melalui hasil google.


Laparoscopy

Laparoscopy adalah prosedur yang digunakan untuk memeriksa kesihatan organ peranakan wanita. Melalui satu hirisan kecil pada perut, laparoscopy memudahkan doktor untuk melihat keadaan rahim, salur fallopian dan ovari dengan mata mereka sendiri secara dekat. Ini membolehkan pemeriksaan menyeluruh dapat dijalankan untuk mengetahui dengan tepat sebab mengapa wanita gagal hamil.

Laparoscopy selalunya digunakan untuk:

  • merawat salur fallopian yang bermasalah
  • membuang parut dalam pelvis
  • merawat endometriosis
  • membuang ovarian cyst
  • Siapa yang memerlukan laparoscopy?

    Selalunya dibuat untuk mereka yang mengalami:

    • Masalah ketidaksuburan yang tidak diketahui puncanya
    • Masalah senggugut
    • Masalah sakit perut yang berpanjangan
    • Mereka yang mengalami ovarian cyst semasa ujian ultrasound

    Bagaimana prosedur dibuat?

    Pesakit diarahkan berpuasa sekurang-kurang 6 jam sebelum prosedur. Ia selalunya dibuat dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya. Bergantung kepada apa yang di dapati semasa prosedur, ia mungkin mengambil masa 30 min -2 jam. Pakar bedah akan membuat 2-3 hirisan pada perut, lebih kurang 1 cm panjang dan salah satu hirisan tersebut dibuat pada bahagian pusat. Satu jarum akan dimasukkan pada hirisan pusat tersebut dan gas karbon dioxida akan disalurkan kedalam abdomen untuk menghalang usus dari menganggu penglihatan. Kemudian, satu kamera kecil akan dimasukkan pada hirisan yang sama dan imej yang dirakamkan di dalam perut akan disalurkan kepada TV untuk dilihat oleh pakar bedah. Sekiranya terdapat masalah pada sistem peranakan, pakar bedah mungkin akan membuat satu lagi hirisan untuk prosedur pembedanan pada masa itu juga.

    Komplikasi

    Laparascopy, walaupun di kategorkan sebagai prosedur kecil, ia juga tidak terlepas dari komplikasinya yang tersendiri, walaubagaimanapun ia jarang berlaku.

    Komplikasi termasuklah:

    • Luka pada pundi kencing, usus dan salur kencing
    • Luka pada salur darah
    • Perdarahan dalaman
    • Jangkitan kuman
    • Reaksi terhadap ubat bius
    • Hernia

    Selepas laparascopy

    Selepas laparoscopy, anda mungkin akan merasa sedikit sengal untuk 1 minggu. Selalunya anda boleh kembali kerja selepas 2-3 hari sekiranya tiada pembedahan dibuat. Sekiranya terdapat masalah semasa laparoscpy seperti ovarian cyst, endometrisis atau masalah pada salur peranakan pembedahan selalunya akan dibuat dalam masa yang sama semasa prosedur.


    Ovarian Cyst

    Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

    Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

    Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

    Jenis-Jenis Cyst

    Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

    Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

    Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

    Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

    Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.

    Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

    Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

    Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

    Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

    Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


    *Terima kasih pada portal.alamhamil.com... sumber yang sangat berguna*

    2 comments:

    Amalina Ali said...

    mak aiii... risau gak baca ni. Nana pun senggugut teruk. kawan nana dah kawen setahun lebih jugak belum dapat anak mgkin sebab die senggugut teruk. adussss...

    Apple+Susu said...

    nana, dun worry x semua yg ade prob syg... kwn kak sue sengugut teruk jugak tapi bunting pelamin :)... bahagian masing2 la dik...