Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 24, 2011

tentang mimpi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah jumaat menjelma lagi.. syukur aku masih diberi kesempatan untuk bernafas.. untuk berada disisi orang-orang tercinta... Pagi ni keluar awal sempat tengok matahari terbit.. sambil dengar lagu kat sinar fm tarik nafas... senyum... Indahnya ciptaan mu ya Allah.. pukul 6.30 en daddy sudah lincah ke office hari ni en daddy outstation pegi kedah sampai hari selasa..

dah lama tidak mimpi-mimpi, semalam aku mimpi kaca pecah dua... sedar dari mimpi aku berdoa.. harap-harap tak ade ape yang buruk jadi.. petang semalam en daddy balik keje terus ajak berborak sambil cerita pasal mimpi tu... macam biasa cakap kat en daddy jangan khianati aku serta jangan pernah bina jurang dalam perkahwinan kami senang cakap jangan nakal-nakal hihihi... biasa la orang istimewa macam aku ni kadang-kadang fikiran asyik nak fikir bende buruk-buruk dulu..

tapi.. malam tadi aku mimpi indah... aku mimpi aku pregnant.. sumpah sampai sekarang masih terasa macam ade baby kat dalam perut aku ni... Terima kasih Allah sekurang-kurangnya aku dapat rasa walau hanya dalam mimpi... dalam mimpi aku tu kandungan aku macam ade maslah sikit sebab aku bleeding.. perut aku comel je...bangun dari tido aku usap perut aku bila tengok perut tak macam dalam mimpi hati kecewa lagi... Harap-harap kali ini Allah mendengar rintihan aku, Allah ampunkan segala dosa-dosa aku... Allah tunaikan impian aku...amin..

Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur dengan segala ape yang telah Engkau rencana kan dalam kehidupan ku... aku bersykur dengan segala rekezi Mu.. moga suatu hari yang paling sesuai nanti akan Kau berikan aku rezeki yang satu itu.. kerana aku percaya setiap apa yang telah Engkau takdirkan pada ku itu lah yang paling terbaik untuk hidup ku...

Tuesday, June 21, 2011

cantik kiraannya



Assalamualaikum....

Alhamdulillah cantik kiraannya... hari ni sudah dua tahun, dua minggu dan dua hari melayari bahtera perkahwinan...

Terima kasih ya Allah kerana telah menghadiahkan aku seorang suami yang amat memahami...
Semoga kami tetap dalam lindungan Mu ya Allah...
Moga-moga kita akan kekal bahagia hingga ke akhirnya... me love u d... always...


Monday, June 20, 2011

bila kene tinggal

*pix from pak cik gugel


Assalamualaikum...

selamat hari isnin yang penuh blues.. hihi..

bulan june dan july adalah bulan kene tinggal.. bulan harus hidup berdikari sendiri... bulan rindu-merindu jugak

esok en daddy akan ke kuantan sampai hari khamis... hari jumaat pulak en hubby kene pergi kedah sampai 28 june... sempat melepas rindu tiga hari... 2nd july en hubby akan terbang ke UK selama dua minggu... adoii seksa menanggung rindu..

serius dah lama tak berenggang dengan en daddy jauh-jauh begini... pasti kesunyian tahap kronik punya la...huwaaa...

agak-agaknye cycle dua bulan ni mejadi ke tidak??? hurmm macam tak kan dah asik kene tinggal je, nak ML pon tak tentu masa... tapi kuasa Tuhan tak siapa dapat menghalang...semoga beroleh berita yang indah.. amin...

tak sabar betul nak tunggu 30/6.. ape la kata doktor.... berdebar pon ada juga... go..go... usaha lagi lebih kuat...

Thursday, June 16, 2011

HSG Selesai

Assalamualaikum...

kembali bekerja setelah dua hari bercuti rehat...macam biasa mood adalah sangat malas..

Alhamdulillah hari selasa lepas 14/06/11 aku selamat buat HSG di HUKM... syukur semuanya berjalan lancar, Walaupun pada mulanya perasaan adalah maha gelabah, takut, gemuruh semuanya ada ditambah pula tanpa en daddy disisi...

Macam biasa awal pagi pukul 6.30 aku dah bersiap-siap keluar tapi kali ni aku pergi dengan cik puan sepupu aku. sesungguhnya aku amat berterima kasih kerana sall tak putus-putus bagi semangat kat aku.. buat lawak bagai hihi.. Sampai HUKM pukul 8.15 biasa la jalan jem yang amat. aku pon bawak keta slow and stedy...

pukul 8.45 nama aku kene panggil, dua orang doktor yang buat HSG untuk aku, dan ade tiga orang nurse yang turut bersama haha... perasaan aku masa tu rasa macam nak bersalin la pulok... abih dah semua dok kepung aku... aku berserah je la.. lepas doc explain kat aku ape yang aku kena buat, aku pon di suruh berbaring...

mula-mula dia masukkan mulut itik macam biasa la... hurmm tak ada la rasa sakit, rasa tak selesa je, masa masukkan tiub je aku rasa sakit cramp sikit macam sakit sengugut...masa dia lepaskan dye tu pun Alhamdulillah aku tak rasa apa-apa sampai la dia keluarkan tiup tu, berbeza dari apa yang aku google, ramai yang cakap sakit...mungkin masing-masing punya pengalaman yang lain-lain.

Dalam 30 minit semuanya settle, aku bersyukur sangat satu bab dah selesai, dah kepada kawan-kawan yang akan buat HSG ni nanti jangan takut InsyaAllah takde apa-apa, sakit sikit je... yang dah biasa kene sengugut tiap-tip bulan macam aku ni mesti dah biasa rasa.. Lepas HSG aku bole lagi pegi teman kazen aku pegi PPUM pas tu pegi sunway piramid..Doc bagi MC dua hari semalam aku lepak kat rumah qada tidur... sumpah indah..

* Next appointment 30/06 jumpa doktor untuk full result..


Saturday, June 11, 2011

Alhamdulillah... tahniah kak ummi

Assalamualaikum....

Alhamdulillah pagi ni bukak blog.. macam biasa menjenguk blog kawan-kawan TTC... biarpun baru beberapa bulan mengikuti perkembangan usaha-usaha belia, tapi sesungguhnya kesungguhan mereka semualah yang menjadi kekuatan serta semangat dikala hati tedetik untuk putus asa, letih, bosan dan tidak bermaya untuk meneruskan usaha...

Baca blog kak ummi... ada berita gembira... tahniah kak ummi... segala penat lelah.. kudrat, wang,masa, kesakitan telah menghasilkan kegembiraan... sue tumpang gembira.. Jaga diri ye kak ummi.. tinggalkan kerja-kerja rumah untuk seketika..sue doakan akak mendapat kesihatan sehingga melahirkan...harap sue dan kawan-kawan TTC yang lain akan menyusul selepas ini.. amin...


*pix credit to google*



*Untuk kawan-kawan TTC yang lain... jangan putus asa... jom kita sama-sama tingkatkan usaha....

Wednesday, June 8, 2011

redup hati

Assalamualaikum...

suami bermimpi tentang perempuan bernama 'Lieka Riasa'..... lalu post nama tersebut pada facebook wall beliau..

aku...angkat kaki masuk bilik bungkam diri... menangis lagi

tahu kenapa... aku takut tersingkir... kerana terasa diri terlalu kerdil...



hati sungguh redup... mendung mendatang...


* 14/6 HSG test... doakan semoga semuanya akan baik-baik aja...

Monday, June 6, 2011

selamat sayang...

Assalamualaikum...

entry lewat sehari...

sudah dua tahun usianya..
penuh suka duka, tangis tawa...

selamat ulang tahun yang ke 2 sayang... semoga kita akan selalu bahagia..
tiada kata-kata yang boleh diungkapkan berapa banyak bie mencintai daddy.. terlalu besar tidak terhitung..

terima kasih sayang.. kerana telah menjadi suami terbaik untuk bie... i love u.

Thursday, June 2, 2011

maafkan saya

Suami...

saya tahu kamu kecewa... Namun apa lah daya saya selain berusaha berdoa dan berusaha lagi..
Walau kamu suami... tidak pernah memperlihatkan perasaan kamu pada saya... Saya tahu jauh didalam hati kamu sangat-sangat menginginkan..

maafkan saya suami...semoga kamu akan setia bersabar bersama saya... setia berusaha di samping saya.... tetap utuh menjadi tulang belakang saya...

Hari ini perasaan aku jatuh sekali lagi...
sumpah aku cuba mengawal.. tetapi seperti biasa aku tidak mampu..

maafkan aku untuk kesekian kali..

Wednesday, June 1, 2011

samarinda-annissa

Assalamualaikum...

malam tadi mata susah nak lelap biasalah orang dah biasa tido ade teman kan, semalam en daddy pegi ipoh hari ni baru balik..kebetulan pulak sebab aku dah kene tido kat luar sementara nak pindah jumaat ni sebab katil en daddy dah bukak, lagi la mata tak bole nak lelap... tido sorang-sorang kat hall seram la pulak hihi..

Disebab kan mata tak mahu tido aku pon terlayan cerita annissa ala slot samrinda yang baru tu. entah la bila tengok hati jadi sebak sebab watak anna yang dilakonkan oleh fiza elite tu, anna dah kawen lima tahun tapi belom dikurniakan anak dah semalam dokor sahkan dia mandul, Lepas dapat tahu keputusan tu anna merayu pada suaminya (zamarul hisyam) supaya tak tinggalkan dia dan tidak berkahwin lain... sebak je time part tu.. pada malam tu jugak anna tak sedap hati dan syak suaminya telah berkahwin lain..

Serius sedeh ditambah dengan latar belakang ost lagu cerita ni.. lagu beribu sesalan by ning, shila & jaclyn... ok kat bawah ni aku paste kan sinopsis hsil dari google...

-sinopsis-

Atas dasar kepercayaan, 4 wanita yang sudah berkenalan rapat sejak persekolahan kolej telah membina sebuah empayar perniagaan, Annissa Corporation. Mereka telah berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain namun keakraban mereka mula bergoyah apabila syak wasangka mula tmbu dalam hubungan persahabatan yg telah sekian lama dibina.

Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation.

Memasuki tahun yang kelima, Annissa Corporation telah mengukuhkan kedudukannya di industri fesyen. Namun, kehidupan peribadi mula tercalar. Anna mengesyaki suaminya, Farid (Zamarul Hisyam) telah memadukannya. Walaupun Farid menafikan sangkaan Anna tetapi Anna tetap cuba menyiasat siapakah isteri kedua tersebut.

Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.

Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.

Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya?


ost Annissa..