Thursday, June 16, 2011

HSG Selesai

Assalamualaikum...

kembali bekerja setelah dua hari bercuti rehat...macam biasa mood adalah sangat malas..

Alhamdulillah hari selasa lepas 14/06/11 aku selamat buat HSG di HUKM... syukur semuanya berjalan lancar, Walaupun pada mulanya perasaan adalah maha gelabah, takut, gemuruh semuanya ada ditambah pula tanpa en daddy disisi...

Macam biasa awal pagi pukul 6.30 aku dah bersiap-siap keluar tapi kali ni aku pergi dengan cik puan sepupu aku. sesungguhnya aku amat berterima kasih kerana sall tak putus-putus bagi semangat kat aku.. buat lawak bagai hihi.. Sampai HUKM pukul 8.15 biasa la jalan jem yang amat. aku pon bawak keta slow and stedy...

pukul 8.45 nama aku kene panggil, dua orang doktor yang buat HSG untuk aku, dan ade tiga orang nurse yang turut bersama haha... perasaan aku masa tu rasa macam nak bersalin la pulok... abih dah semua dok kepung aku... aku berserah je la.. lepas doc explain kat aku ape yang aku kena buat, aku pon di suruh berbaring...

mula-mula dia masukkan mulut itik macam biasa la... hurmm tak ada la rasa sakit, rasa tak selesa je, masa masukkan tiub je aku rasa sakit cramp sikit macam sakit sengugut...masa dia lepaskan dye tu pun Alhamdulillah aku tak rasa apa-apa sampai la dia keluarkan tiup tu, berbeza dari apa yang aku google, ramai yang cakap sakit...mungkin masing-masing punya pengalaman yang lain-lain.

Dalam 30 minit semuanya settle, aku bersyukur sangat satu bab dah selesai, dah kepada kawan-kawan yang akan buat HSG ni nanti jangan takut InsyaAllah takde apa-apa, sakit sikit je... yang dah biasa kene sengugut tiap-tip bulan macam aku ni mesti dah biasa rasa.. Lepas HSG aku bole lagi pegi teman kazen aku pegi PPUM pas tu pegi sunway piramid..Doc bagi MC dua hari semalam aku lepak kat rumah qada tidur... sumpah indah..

* Next appointment 30/06 jumpa doktor untuk full result..


5 comments:

PUANSTOBERI said...

uwaa...apsal Kekda tak dpt MC pun masa buat HSG.. nak jugakkk..
huhu...tetiba.
Tp Kekda buat HSG ptg jumaat, maka cuti 2 ari gak la maknanya pastu.
Sakit sket je kan.
Kekda leh ilek makan eskrem mekdi pas buat HSG tu. Hihikss

sue said...

hihihi alololo tu la kekda rezeki nak cuti.. doc bagi date hr selasa dapat mc dua hari... balik dr HUKM bole pulak jln2 pegi sunway... x sakit sgt hihi...Alhamdulillah... lega

Azizah a.k.a N.a.z said...

sy x dak lg pengalaman buat HSG.. sy terus buat pembedahan Laparoscopy..
dengar mmg sakit..
harap semua ok nnt.. :P

sue said...

azizah : Alhamdulillah semua berjalan lancar.. :)

InginTahu said...

asalamualaikum,
maaf ganggu. mungkin sudah trlewat utk sy bertanya sesuatu. jika tidak keberatan,saya amat2 brharap jawapan dr puan. saya ingin tahu,bolehkah request doktor perempuan semasa buat appointment utk rawatan hsg di HUKM? Saya rasa amat serba salah dlm hal ni. Brkemungkinan besar saya akan menjalani rawatan trsebut di HUKM.saya harap sgt dpt respon dr puan tentang hal ni. puan boleh emel sy di smallshoes7@yahoo.com
skali lagi maaf jika prtanyaan sy mengganggu puan dan trima kasih byk2 jika puan sudi beri penjelasan.