Friday, October 14, 2011

retroverted uterus (R/V)

Assalamualaikum....

Hari tu masa buat scan day13 untuk tengok telur aku ade ternampak dekat borang tvs tu doc tick yang uterus aku R/V... tapi sebab hari tu aku tak ada appointment dengan doc aku kiv dulu la segala persoalan yang duk pusing-pusing dalam kepala ni... selama buat treatment doc tak penah pulak ckp yang aku ni R/V uterus...

pagi ni aku godek-godek la gugel... cari info pasal rahim aku ni... dan terjumpa entri ini di portal alam hamil bagus kan portal ni banyak info berguna... aku copy paste aje ye...

Apa itu rahim terbalik atau rahim retroverted?

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok kebelakang. Rahim terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.
Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit kebelakang atau kedepan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.
Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan, pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Sebab terjadi rahim terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan rahim terbalik dan normal secara keseluruhannya.
Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:
  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan. Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim kebelakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah gejala RT?

Kebanyakkan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid
Gejala lain yang sangat jarang ialah:
  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada saya mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti diatas, doktor selalunya akan membuat:
  • Pemeriksaan pelvis atauvagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound
  • Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada saya?

Sekiranya anda di diagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:
  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran
Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan saya?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakkannya wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpalah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut, doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah saya memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis dan anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:
  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Prosedur dimana otot uang menyokong rahim akan dipotong dan dipendekkan. Selalunya dilakukan secara laparoscopi.

Patut la tiap-tiap bulan aku sengugut berguling-guling... dah ade jawapannya... tapi wajib untuk tanya doc pasal bende alah ni next appointment..

* Aik semangat datang kembali ke????? semalam ckp dah give up...

5 comments:

Asu said...

Asalam.hi awak...sorry singgah blog ni.kite pun dh jalani laporoscopy ni.17 okt 2011.skrg tgh pantang..tp smpat lg blogwalking.hehe..at first mmg takut giler.tp iffa fikir smpai bila nk tggu.iffa dh married more than 3 years n mscarriage once.so iffa rs mgkin ini mmg ketentuan Allah n maybe ada hikmah pasni..so iffa nk encourage awk jgak.kalo cara lain xleh,try wat ops ni.psl iffa dh jmpe rmai doc n brkali mkn clomide.so harap solution ni bjaya utk betulkan RU.doakan iffa cepat smbuh n good luck kt awk jgak...

sue said...

Wsalam, asu nak tanya awak buat kat mane ye? berapa costing?

Asu said...

Hye dear..asu wat treatment dgn dr.hamid arshad.dia yg detect kata asu ada RT.pakar yg sebelum ni asu jmpe x convincing sgt.asyik suh asu tukar pil perancang je psl katanya nk regulate period.tp physician2 klinik biasa ni ckp asu mmg RT.tu yg last2 jmpe dr.hamid ni.operation dia x buat kt klinik dia kt dmnsara tu.tp dia buat kt hospital pantai,bgsar.kos dia dlm8k.tp Alhamdulillah insuran ING cover.kalo tak jenuh jgak asu dgn hubby nk kuar duit..

sue said...

asu, banyak bende nak tanye ni.. bole tak awak bagi ym ke, gtalk ke, fb ke? huwaaa... nak minta pendapat

Asu said...

Sue..nti add je kite kt fb eh... Id iffa othman. Email fb iffa_othman82@yahoo.com. Gmail iffa.othman82@gmail.com