Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

kebanggaaan ku terhadap mu....


haluuuu eberibadi......

wah pagi ni semangat berkobar-kobar nak menghapdet blog ni... semangat harimau malaya la katakan... Alhamdulillah skuad bola sepak Malaysia berjaya menjadi juara... Tahniah

berbaloi-baloi aku rasa duduk di padang putrajaya dengan kuyup-kuyup funtut.. petang semalam hujan kat putrajaya tapi sebab semangat bola aku dengan en hubby gagah kan jugak pergi walaupon mata en hubby adalah mengantuk kerana pagi semalam bangun pukol empat pagi..mujur aku punya suami yang satu kapal satu kepala peminat bola juga....

* pix credt to my fb fwen hasil google*

bila tengok semangat rakyat malaysia kat padang putrajaya malam tadi, tiba-tiba hati jadi sebak.. pada aku kalo tiada rezeki malam ini pon tak mengapa kerana semangat itu yang lebih penting.. ternyata rakyat malaysia sememangnya sayangkan negara... tapi bila kenyataannya kita menang memang berbaloi-baloi la kan... macam-macam ragam aku tengok, macam-macam fesyen... suasana yang dah lama aku tak rasa... meriah sangat...

Pagi ni gila awal aku pergi keje pukul 7.40am dah sampai opis okeh... on the way pagi keje kejap-kejap aku gelak, kejap-kejap aku sebak pasal aku dengar semangat orang yang buat panggilan kat sinar FM tu... pastu dorang asik bukak lagu-lagu pasal semangat menang je... hikhikhik... hati aku lagi bertambah berbunga-bunga bila aku dengar esok PM bagi cuti umum... owhhh giler indah esok boleh qada tidur... perghhh memang berbaloi-baloi... tapi ape pon.. aku SANGAT BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA....

*TAHNIAH SKUAD HARIMAU MALAYA*


Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup...
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"





2 comments:

DHILABLOG said...

tahniah pasukan malaysia

Apple+Susu said...

tahniah....tahniah...