Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

broga hill - kenangan terindah

Assalamualaikum dan selamat pagi...

lama jugak tak menepek gambar kat dalam blog kesayangan hamba
ni... Ahad lepas aku dan kawan-kawan mymanutd gegirl telah mengadakan aktiviti memanjat broga hill... penat jangan cakap la kan memang tak hengat, hampir putus asa jugak la aku nak sampai ke puncak.

Tapi... banyak kenangan kat sana dengan kasut aku buat hal, bole pulak kan tapak kasut aku tercabut time tengah-tengah mendaki tu... nasib baik en daddy setia menyokong.. sanggup dia bangun awal untuk support aktiviti wifey dia... Pendakian ini betul-betul buat aku terasa macam time-time sekolah je.... rasa la semangat persahabatan tu kuat...kira berbaloi penat lelah mendaki.. jiwa tenang memang hilang semua stress bila sampai kat atas... Ya Allah cantiknya alam ciptaan Mu. aku copy trivia from mymanutd forum yang telah disediakan oleh ketua bodyguard en ephol credit to him :-

1.) Sumer yg nak mendaki mula berkumpul kat perkarangan Masjid Semenyih.. Julia solat subuh berjemaah hari nih, selalu solat sensorang...

2.) Sebelum mula pendakian, bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Guki..

3.) Pendakian bermula lebih kurang 6.50 pagi. Sumer bergerak dalam 1 group.

4.) Separuh perdakian, dah jadi 3 group... Group Fit lead the way... Group Fit Sedang-Sedang follow dari belakang.... Group Fit Tak Fit jalan dihujung talian...

5.) Ada sorang peserta siap bleh tido lagi kat atas batu di tengah2 pendakian curam sbb pancit...

6.) Group MyManUtd berhenti berkelah (bleh ke guna perkataan nih) kat puncak ke-2 sbb dah tak larat nak ke puncak tertinggi...

7.) Walaupun cuba dielakkan, namun ada juga insiden yg tidak diingini telah berlaku... Pertama : Tapak kasut Mrs Guki tercabut semasa mendaki... Kedua : Tali kasut sis ct (princess red devil) asik terbukak semasa pendakian....

8.) Ada yg sampai setelah 45minit group lain berkelah kat atas... alasan, tali kasut asik terbukak sehingga mengganggu kelancaran dia mendaki...

9.) Hanya separuh dari perserta yg sampai ke puncak yg paling tinggi... yg lain lepak kat tempat berkelah...

10.) ramai yg main gelongsor ala2 Sunway Lagoon masa turun...

11.) Naik muntah, turun dgn gembira...

12.) RAMAI-RAMAI SANGKUT DALAM JAMMED KAT PEKAN SEMENYIH MASA BALIK...

..... okeh masa untuk tepek pix pula... layan...
























*amik kau dah lame tak tepek pix... sekali tepek berpuluh-puluh.. sabar je la*

5 comments:

JuStLyNa said...

Seronok je tengok aktiviti ko sue..release tension kan?:)

Apple+Susu said...

serius ina... mmg release byk sgt..best...

Suzila said...

Waweee........dah updated pasal broga.
Mau juga updated....tp masih mode malas. hahaha.
Tolong buat kan ayat berthema kn Broga....tp versi puan suzila yerh. ngehngeh

Apple+Susu said...

kuikuikui..."puan suzie cun yang giler cool buat aksi melompat, sandwich beliau jugak cukup yummylicous..." :P

Amalina Ali said...

bestnye kak sue.