Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 20, 2011

HSG

Assalamualaikum...

Sudah dua malam tidur seorang... rasa lapang je katil hikhikhik...

Hari ni nak cerita pasal journey untuk dapat baby lagi ye.. sila jangan mual-mual....Sepatutnya hari isnin 18/04 hari tu aku kene pegi hukm untuk buat x-ray, tapi disebabkan kelalaian bertangguh aku untuk call hukm buat appointment, x-ray terpaksa di pospone... mula-mula rasa marah dan kecewa jugak pasal kene tunggu next cycle lambat lagi wooo.. ye la orang nak x-ray je kan bukan sakit ape pon... kuciwa..

Hari isnin tu aku terlebih rajin, jadi sibuk la aku google pasal x-ray ape yang dorang akan buat untuk hari ke-10 period.. berkobar-kobar la aku search, tiba-tiba terpandang HSG....dalam hati pon cakap ishh.. nasib baik la doc tak suruh aku buat HSG macam ngeri je guna besi segala...dan rata-rata orang yang penah buat HSG cakap sakit... tapi kan... tapi kan dalam hati dah rasa semacam... ape lagi balik keja kelam kabut aku carik form x-ray HUKM tu... dan...dan...dan... sumpah aku macam nak pitam... memang sebenarnya x-ray aku tu sama dengan HSG... maknanya kalo hari isnin tu aku pegi hukm memang sah-sah aku kene buat HSG tanpa prepare mental.. fizikal & emosi kuikuikui... Sekali lagi Allah mengatur segalanya... Thank You Allah..

Bagi yang tak tahu HSG tu ape bole rujuk dia sini . Syukur Alhamdulillah, nasib baik pospone kalau tak aku mesti terkejut.. ye la aku duk pikir x-ray yang biasa je.. takde la buat itu ini kan. dengan en daddy out station lagi, At least aku dah tahu ape aku nak kene prepare, dah bole tabahkan hati.. pasrahkan jiwa...

Sekarang hari-hari pon aku berserah.. berdoa pada yang Berkuasa semoga aku bertambah kuat... semoga Dia tak berikan kesakitan yang banyak... ape pon aku kene hadapi jugak sebab matlamat yang satu tu lagi penting dari segalanya... sebab pertanyaaan orang pada aku 'bila nak ade anak' tu lebih MENYAKITKAN... selalu jugak aku motivasikan diri'esok-esok nak beranak kan lagi sakit... jadi tutup mata serah diri dan senyum aje...

Terima kasih pada kawan-kawan yang banyak memberi info tentang HSG ni.. tak lupa juga yang memberi kata-kata semangat.. i love uolsss..

Friday, April 15, 2011

Amalan untuk diet dan mengandung...dan tips2 lain

Assalamualaikum dan salam jumaat....

Macam yang aku cakap sebelum ni... blog ini akan banyak entry pasal kesihatan dan tips untuk dapat anak... siapa yang agak-agak tidak berminat sila beredar....

Info ini aku dapat dari kak nini hadi, credit kepada beliau

PROJEK codename baby -ku huhuhuh....

Ini merupakan cadangan perubahan cara gaya hidup dan pemakanan.... untuk semua jenis penyakit terutama INFERTILTY .....

Keep a basal body temeperauture chart untuk cari hari subur.

http://www.storknet.com/cubbies/preconception/bbt.htm

Bersama masa hari subur.

Seterusnya cuba yang ini pulak.

Cuba untuk 3- 6 bulan dan lihat perubahan pada diri anda---


PEMAKANAN.


RAJIN2lah ke dapur wei!!! bagi keluar asap sikit ---- suami pun nanti duk umah je bini rajin masak :P


Kalau berat badan bukan di lingkungan berat yang ideal, target untuk turunkan berat badan 1-2 kg sebulan dengan petua berikut .. AND NO CRASH DIETING PLEASE!


**Makan heavy breakfast dan lite dinner dan lite lunch --- * NEVER SKIP breakfast instead SKIP A HEAVY DINNER.


**Pastikan snek dengan pisang segar atau kekacang (almonds) in between the three meals... supaya tak lapar dan minum 6 glasses of plain water a day and one cup of hot green tea.


*Kalau boleh makan yang ORGANIK dan tidak diproses

BANYAKKAN memakan makanan berikut yang kaya anti-oxidant, dan trace minerals:


1- Makanan berasaskan soya Tempeh,soya bean drink jus yang pure, tofu fah

2- Labu

3- Keledek (bold - makanan untuk membantu meningkatkan hormon estrogen dan progesteron)

4- Jus kulit manggis - beli dari internet atau buat sendiri (keringkan kulit manggis , rebus tiga jam dan minum- kaya flavonoids dan anthocyanin)

5- Cranberry juice - kat farmasi guardian atau health foods shop byk.

6- semua jenis Ulam2an

7- Pisang

8- Ikan tongkol dan sardin segar

9- Ayam kampung dan telur kampung

10 - Bayam ungu dan bayam biasa

11- Tofu

12- Minyak kelapa dara / minyak sayuran seperti canola oil or soya oil...

13- Mentega dari sumber sayuran yang kurang tranfats seperti virgin olive oil margarine.... kalau boleh. Elakkan planta marjerin yang tinggi transfat

14- udang / kerang sekali seminggu

15 - sotong sekali seminggu

16 Semua jenis fruits, tubers (ubi), veggies yang kaya dengan warna seperti terung, keladi dan lain-lain

17- Kacang dhal, kacang almonds, kacang hijau

18- Buah delima / pomegranate

19- Buah anggur merah

20-dragonfruit

21- papaya

22- Roti wholemeal

23- Capati

24- Pasta

25- Mentimun


----- Buat dressing untuk ulam dengan berikut untuk dapatkan khasiat anti-oxidan dll...

*- Minyak kelapa dara

*- tumbuk bawang putih dan lada hitam

*- Masukkan cuka apple cider vinegar

*- masukkan brown sugar

tabur atas ulam dan makan bersama nasi brown rice dan lauk.


----- kalau memasak banyakkan guna bahan2 ini dan jangan buang rempah tu, elok dimakan jugaklah...

*bunga cengkih dan semua rempah-ratus macam pelaga , kayu manis, bunga lawang

*asam jawa

* halia (sangat bagus)

*kunyit hidup (sangat bagus)

* bawang putih (sangat bagus)


MAKANAN DILARANG

Menurut pakar pemakanan terkemuka di Amerika makanan kategori ini kebanyakkan genetically modified (GE), tinggi bahan kimia dan pengawet dan banyak growth hormones...dan juga tinggi BPA yang menybbkan kanser, masalah hormon dan lain2.

** Elakkan / jauhi bagai satu WABAK makanan2 ini, kalau teringin makan sekali sebulan jer:

1- Semua jenis processed foods / segera / dalam tin / dalam packet

eg. KFC, maggi mee, Mc dee's , roti gardenia putih,

2- Kurangkan susu yang diproses seperti condensed milk, krimer , tepung gandum

3- Ayam disuntik

4- Telur yang disuntik

5- Kek, pastri dan makanan yang kaya gandum putih

6- Semua minuman bergas

7- Daging, paru, limpa , hati any organ meats

8- Milo, coke, kopi, teh tarik

9- Kurangkan makanan high transfat content macam marjerin....


----KURANGKAN / POTONG TERUS dari diet

1- Nasi putih

2- Gula putih

3- Nasi lemak

4- Roti canai

5- Ayam Kentucky

6- Mcdonalds

7- Pizza

8- Teh tarik

9- Semua minuman kotak, bertin dan bergula ----- dan dicampur warna tiruan


-----Karbo yang dibenarkan:

1- semua jenis pasta / sp

2- Thosai

3- capati

4- organik wholemeal bread ( kalau susah dapat organic yang biasa pun ok)

5- Brown rice

6- Potatoes / ubi keledek / ubi keladi


DESERT / SWEETS dan fats YANG dibenarkan dalam kadar yang kecil sehari

1- DARK CHOCOLATE (YEY!!!!)

2- Pure Honey (yang pure je ye... makan dengan wholemeal muffin atau lempeng dari gandum wholemeal pisang)

3- Brown sugar

4- Any virgin oil macam - minyak kelapa dara


Makanan melayu yang sihat dan baik

1- Nasi kerabu guna bahan asli (setengah pinggan saje tau!)

2- Bubur pisang/ ubi keladi (kurangkan santan dan gula)

3- Masak sambal tempeh atau tauhu

4- Ikan bakar cicah air asam

5- Goreng pisang

6- Cucur badak

7- Asam pedas ikan sardin segar

8- Masakkan ayam kampung goreng halia

9- Ayam percik (ayam kampung)

10-Pisang/ ubi goreng

11- bubur chacha ( kurang santan dan gula)

12- Tauhu Bakar

13- Rojak buah


---- Ambil supplemen ini:

1- Vitamin E 200 dua biji sehari (wajib)

2- Vitamin C 500 mg dua kali sehari

3- Fish oil 1000 mg dua biji sehari (wajib)

4 -Kalsium lactate 300 mg dua biji sehari

5- Folic acid 10 mg sehari

6- Habbatus sauda 2 sudu / kapsul sehari

7- Cranberry juice

8- Evening primrose oil 500 mg dua biji sehari

9- RESVERATROL 200 mg sebiji dua kali sehari


SENAMAN

* Warm up 10 minutes dengan stretching dan JALAN untuk 30 minutes setiap hari ....

warm down 10 minutes.

* Berenang / stationary cycling/ cycling 30 minit 2 kali seminggu.


ATTITUDE

Last sekali ---- HAVE A POSTIVE ATTITUDE Positif attitud memulakan nuklear chain reaction dan menarik energy baik seperti rezeki dan peluang yang baik akan dtg kepada kite...inshaallah

1- Think positive!!! tangani stress dengan baik kalau stress ingat ada orang lagi susah kehidupannya tapi SURVIVE!

2- Being unbusy makes u think - Don't feed negative thoughts--- keep yourself busy

3- Banyakkan amalan yang baik - jangan buruk sangka dan maafkan orang dan doakan yang terbaik untuk orang2 termasuk yang kita menyimpan dengki atau dendam....kurangkan bercakap membuat pekerjaan yang tidak berfaedah...banyakkan bekerja rajin2

4- Luangkan masa untuk solat dan membaca terjemahan al-quran dan membaca Quran; jangan lupe berzikir bila sedang menunggu di mana2 tempat agar masa tak terbuang

5- Luangkan masa untuk orang tersayang dan juga untuk kawan2.... banyakkan bersosial dengan orang yang boleh memberi pengaruh yang baik kpd anda!!!!

6- Baca buku, majalah dan surat khabar selalu --- beli satu buku pulitzer prize atau yang mendapat anugerah sastera --- dan habiskan -- lagi banyak lagi bagus --- target satu buku seminggu

7- Hulurkan bantuan dari segi masa dan kewangan untuk orang yang susah

8- Adopt a cat from a shelter / buy a fish as a pet

9- Tanam pokok dalam rumah --- bubuh herba yang ditanam dalam pot di dapur dan pokok kecil di dapur

10- Gunakan aromaterapi seperti geranium dan bubuh di dalam bilik untuk mengembirakan mood

11- Sponsor an orphan's school fee's

12- Berzikir bile takde keje lain nak buat --- selawat lagi cun...

13- Amalkan persekitaran yang bersih kemas dan cantik - DECLUTTER ONCE A MONTH

14- Jangan berdengki, mengumpat dan berdendam dan maafkan semua orang yang membuat anda sedih dan marah - doakan mereka dengan doa yang baik, Insh Allah akan membalas dengan yang lebih baik untuk anda

15- Cuba cari waktu subur anda ---- biasanya hari 12, 14, 16, 18, 20, 22 adalah hari2 subur dan projek!

16- Hiasi rumah cantik dan bubuh bunga di ruang tamu dan buku2 yang anda minat baca di meja

17-JAGA orang tua dan mertua kite baik2...maafkan mereka dan banyakkan bersabar

18- SABAR, REDHA, PASRAH, TAWAKKAL BERUSAHA!

19- JANGAN EXPECT orang berubah ikut awak, awak patut berubah dahulu sebab Allah berjanji dalam Alquran bhw dia tidak mengubah nasib seseorang sehinggalah dia mengubah nasibnya sendiri

20- Bila ditimpa masalah jangan tanya bomoh, tanya Allah dan berdoa kepadanya.... dan berusaha berubat dengan Doktor perubatan yang alim dan jujur.

INGATLAH - bile orang mengumpat kita nabi berkata kite menjadi orang terkaya akhirat nanti dan mereka bankrap. Sebab orang yang mengumpat pahalanya diderma kepada kita dan dosa kite terhapus... so why worry???? ngeeee..... kite patut hantar hadiah kat org yang mengumpat kite sebab begitu sayang kat kite hehehhee.

Akhir sekali cinta pada Allah nan satu melebihi diri sendiri, keluarga dan keinginan untuk ada anak... Dialah yang terbaik untuk anda....

Cuba ye!!!

Selamat mencuba ------ JANGAN PUTUS ASA!!!!!!


* Terima kasih kak Nini... :)

Tuesday, April 12, 2011

kecewa...

Rasa down dan kecewa... dari pagi tadi dah berpuluh call aku buat ke jabatan radiologi HUKM tujuannya nak bagi tarikh hari pertama period, dan set appointment untuk fluroskopi x-ray, line asyik busy kalo tak busy pon tak berjawab...

Setelah jenuh berusaha akhirnya penggilan berjawab juga...tetapi adalah sangat kecewa kerana hari ke-10 period aku sudah penuh di booking oleh patient lain aku lupa bukan aku seorang je kan ade masalah doc cakap sehari kene ade 3 patient sahaja...dah la tengah period emo la ape lagi... kalo bole nak perjalanan treatment ni cepat je kan...ape pon berbalik pada kenyataan 'untuk dapat kan sesuatu yang indah pasti banyak dugaan nya' Call en daddy... beliau suruh bersabar... :)

sebenarnya salah aku juga... hari ni sudah hari ke 5 period baru nak terhegeh-hegeh call kan.. jadi doc suruh datang next cycle.. next month... sila cepat la bulan depan... minta maaf pada diri sendiri kerana lupa dan lalai... tidak serius juga... jadi tunggu hari ke21 untuk serah lengan pada pegawai kesihatan 'blood test'...

fibroid dan berpantang


Assalamualaikum dan selamat pagi...

sejak di sahkan ade tiga fibroid pada rahim minggu lepas, aku rajin mencari info pasal cik fibroid ni... cari macam mana untuk menghalang tumbesaran dia... juga cari info supaya aku lebih faham ape sebenarnya cik fibroid ni... mungkin ade sesetengah orang rasa fibroid ini biasa-biasa saja, tapi aku tetap risau... tetap ingin mencari cara untuk lepaskan diri dari cik fibroid ni.




Fibroid atau nama saintifiknya “leiomyoma” adalah sejenis ketumbuhan yang terjadi pada rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita sehingga dianggarkan lebih kurang 20% dari wanita mempunyai fibroid. Punca sebenar fibroid tidak dapat dikenalpasti tetapi kemungkinan besar bersangkut dengan hormon estrogen iaitu hormon yand dihasilkan oleh kilang telur. Justeru itu fibroid akan mengecut selepas putus haid dimana pada waktu itu hormon estrogen berada pada tahap yang sangat rendah. Faktor risiko lain untuk mendapat fibroid adalah mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai fibroid dan mempunyai bilangan anak yang sedikit atau tiada anak. Pada kebanyakan wanita fibroid tidak mendatangkan apa-apa masalah, ianya hanya secara kebetulan di kenalpasti ketika pemeriksaan ultrasound untuk sebab-sebab yang lain. Dalam kes seperti ini, tiada yang perlu dirisaukan kerana kadar pembesaran fibroid adalah sangat perlahan. Pesakit hanya perlu membuat pemeriksaan ultrasound berkala di antara enam bulan sehingga setahun sekali untuk menentukan saiz fibroid.

Antara gejala-gejala yang boleh terjadi disebabkan oleh fibroid adalah haid yang banyak dan panjang dan juga kesakitan di bahagian ari-ari. Sesetengah pesakit juga mengalami gejala kencing yang kerap terutamanya jika fibroid terletak bersebelahan pundi kencing dan menekan pundi kencing. Manakala bagi sesetengah pesakit tiada mempunyai sebarang gejala kecuali rahim yang bengkak dan boleh dirasa sebagai ketulan di bahagian ari-ari. Sebahagian fibroid juga menjadi punca kepada kemandulan wanita terutamanya jika fibroid ini terletak di bahagian rahim yang berhampiran tiub fallopian dan seterusnya mengganggu pertemuan benih lelaki dan wanita.

Jika fibroid mendatangkan masalah seperti yang dinyatakan di atas atau saiznya sangat besar, maka sewajarnya rawatan diberi. Malangnya bagi fibroid, rawatan secara ubat-ubatan tidak dapat mengecil atau menghilangkan fibroid. Dalam kebanyakan kes, rawatan untuk fibroid adalah dengan cara melakukan pembedahan. Bagi wanita muda yang masih berhasrat untuk mengandung, pembedahan myomectomy (pembuangan fibroid) boleh dilakukan manakala bagi wanita yang telah berusia atau jika tidak berhasrat untuk mengandung lagi pembedahan hysterectomy (pembuangan rahim) boleh dilakukan. Myomectomymempunyai risiko pendarahan dan juga kemungkinan untuk fibroid terjadi lagi iaitu sebanyak 40% bagi tempoh lima tahun selepas pembedahan pertama pembuangan fibroid. Fibroid bukanlah dikategorikan sebagai kanser dan risiko untuk fibroid bertukar menjadi kanser adalah kurang dari 0.2%.

Daripada pengalaman saya, ramai wanita yang menjadi sangat risau jika doktor memberitahu beliau mempunyai fibroid. Fibroid sangat sering terjadi dan majoriti adalah kecil dan tidak mendatangkan masalah dan sangat jarang berubah menjadi kanser. Tiada yang perlu dirisaukan, tetapi lakukan pemeriksaan ultrasound berkala enam bulan hingga setahun sekali.


Selepas ini aku berazam nak berpantang dari makan benda yang banyak hormon ni.... paling aku nak pantang makanan kegemaran aku... "AYAM" harus pantang.... ayam sekarang dah banyak cucuk botox... balik kampung sekali sekali nanti mintak tolong mak carikkan ayam kampung aje... selamat tinggal ayam... telur ayam jugak tak nak makan sudah...

Fastfood - aku kene displinkan diri untuk tak amalkan... good bye mekdi kegemaran ku....

minta maaf ye sekarang tengah dalam mood treatment jadi entry sememangnya banyak pasal kesihatan.... jika tidak memahami tidak perlu baca dan sila beredar... peace :)


Friday, April 8, 2011

First Treatment


Assalamualaikum....

baru ada kesempatan untuk update pasal first treatment....

Hari khamis minggu lepas bersamaan dengan 07 april aku telah memulakan langkah pertama membuat rawatan di HUKM, rancangan asalnya mahu buat rawatan di hospital serdang tapi oleh kerana kawan en daddy adalah doktor di HUKM, dia telah mencadangkan agar kami buat rawatan di sana saje.. kira rekemen la ni.... Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....




Doktor yang merawat aku namanya doc Harry Surya Rangkuti.... aku agak doc ni dari indonesia sebab tutur sebutan dan namanya memang macam orang dari seberang...Ya...aku dapat doktor lelaki dah doc harry adalah sangat baik dan peramah....paling aku bersyukur aku bukan saja dapat doc baik.. tetapi nurse, pegawai sains dan juga tukang ambil darah juga adalah sangat baik...

Agak lama jugak tunggu giliran untuk jumpa doc... bila dah dapat masuk doc mula tanye masalah semua... mula sekali doc cakap nak buat pap smear sumpah aku gelabah...kerana doktor tu adalah lelaki.. lelaki okay.... tapi satu je masa tu dalam hati mahupun fikiran...aku nak zuriat... jadi aku harus lalui semua.... buang jauh-jauh perasaan malu, perasaan takut... alhamdulillah Allah permudahkan ujian pap smear selesai...

Lepas tu doc panggil en hubby...terangkan pasal proses persenyawaan... proses perjalanan sperm segala... lepas dah selesai separuh cerita, doc suruh aku buat scan.. tunggu lima minit giliran untuk scan pon tiba... agak nervous jugak...pertama kali masa pegawai sains letakkan alat scanner pada perut dia tanye aku... "awak pregnant ke?" masa tu aku sudah hiba... mata sudah berkaca mungkin perasaan begini la yg dirasa oleh wanita pada waktu pertama kali di sahkan mengandung... Aku senyap sekejap dah jawab "tak mungkin puan, sebab saya baru saja lewat period sehari dan saya tak rasa saya mengandung..." sekali lagi okay... pegawai sains suruh aku buang air kecik... sebabnya nak masukkan camera kat 'situ' dan aku pasrah lagi.... Pegawai sains adalah sangat baik dan cool... tengah-tengah scan pegawai sains tu cakap ade cyst pada ovari aku... masa tu aku ok lagi tapi bile dia cakap ade fibroid aku sudah mula down sebab bukan satu tapi tiga... bila keluar dari bilik scan aku terus menangis kat en daddy...masa tu Allah saja yang tahu ape aku rasa... perasaan adalah maha kecewa dan sangat tertekan...

tunggu sekejap, nurse panggil semula untuk jumpa doc...kali ni aku sangat bersyukur doc terangkan yang cyst aku adalah bersaiz kecil... fibroid juga masih kecil.. doc cakap dia akan monitor dan tak perlu risau. selepas itu doc sambung semula penerangan pasal proses persenyawaan dan bertanya kalau ade masalah apa-apa, kemudian aku diberi form hijau untuk buat blood test sekali lagi aku pasrah... sumpah aku takut okay nak cucuk ambik darah... Allah maha penyayang aku sikit pun tak rasa sakit..tak sedar pegawai sains tu dah cucuk tangan dan ambil setabung darah aku... syukur... selesai semuanya. hari ke 10 period aku kene buat x-ray pulak.. dan 27 april en daddy kene datang untuk test sperm...

terima kasih suami kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi...