Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

I.C.H.A

hari sabtu aku balik kampung sorang kerana en hubby outstation. sesekali balik bujang indah jugak.. bole bermanja dengan mak. bole jalan-jalan dengan mak macam dolu-dolu... hilang stress sekejap. bole la bertemu si kecik peneman mak... tempat aku menumpang kasih jugak... dengar dia cakap aje bole tergelak... tapi kadang-kadang dia punya nakal bole buat darah tinggi mak aku naik... si kecik ni hobi dia menyanyi pas tu berangan... remote control tv mak aku yg rosak dia buat jadik hand phone.. botol air kosong pulak dia buat microphone... icha si kecik anak buah aku....


si kecik peminat misha omar :)


petang semalam masa balik icha cakap "mak su nanti balik lagi tau... icha nak tido dgn maksu" masa tu rasa sayu je macam tak nak balik.... tengok muka mak lagi la sayu.... bila nak balik kampung memang berkobar tapi bila nak balik kl aku rasa cam lemah je rasa nak pandang muka mak yang lambai tangan tu sepanjang jalan... kesian jugak tengok icha semalam.. muka macam nak nages je bila aku cakap "icha maksu nak balik...jgn nakal-nakal tau..." rindunye pada icha n mak...

2 comments:

KAK RAINBOW said...

ohh kecik2 dah minat misha . nurul pun minat gak :)

Apple+Susu said...

haha kerenah dia hiburkan ht maksu dia ni... terubat rasa :)