Wednesday, May 11, 2011

hati meruntum...

Assalamualaikum.. salam hari rabu..

hari ini mahu minta ampun dah maaf pada diri sendiri, pada suami juga kerana aku lupa pada janji.. sudah nekad dalam diri mahu buang semua perasaan rendah diri.. mahu buang semua perasaan jauh hati... mahu sisihkan rasa sedih ini.. tapi siapa pon aku, aku tetap manusia, tetap punya jiwa.. pagi ini ada tangis dalam gembira melihat seseorang yang dekat di hati menikmati detik-detik terindah bergelar seorang ibu... lalu aku akui aku telah tewas dengan perasaan sendiri... bukan iri hati jauh sekali membenci tangis yg aku lahirkan adalah tangis yang indah sekali... Alhamdulillah aku sangat bahagia...

Hanya perasaan jatuh itu singgah lagi dalam diri, rasa mahu membungkamkan diri seharian.. mahu menangis semahu-mahunya...namun aku tahu semua itu tak akan merubah takdir Allah, cuma kadang-kadang aku lemah tak mampu untuk mengawal emosi tak tahu macam mana nak alihkan perasaan ini. Ada naluri ibu mengalir dalam diri.. maafkan aku pada sesiapa yang tidak memahami..

Ya Allah maafkan aku... kerana ada kalanya aku kalah dengan diri sendiri... ada ketika aku salahkan takdir ilahi.Terima kasih juga kerana selama ini Engkau tidak putus-putus memberi kekuatan pada aku... aku bersyukur Ya Allah walau rezeki itu belum Kau beri namun tidak sesekali kau tarik kenikmatan bahagia dari hidupku... Alhamdulillah aku tetap bersyukur...


5 comments:

one BABY-step at a time said...

sue,if u feel like crying, just go ahead. kite menangis bukan bermakna kita tidak bersyukur dgn kurnia Allah, cuma utk rasa beban di atas bahu kurang.

Aishah Rahim said...

Suatu hari nanti, akan tiba waktunya untuk Sue dan suami pula. Kuatkan hati. Allah akan selalu bersama orang yang sabar.

Doa Aishah dari jauh!

sue said...

emy : thanks emy... kamu yg amat memahami... terima kasih

aisyah : amin.. thanks aisyah

Suzila said...

Sangat setuju dgn statement Emy.
Mmg kita sedaya upaya cuba tabah dan yakin bahawa semua keadaan yg terjadi ada hikmah nya. Tp bukan salah kita utk ada perasaan sayu dan ingin nangis bila kita lihat org lain merasai dulu...perkara yang memang kita idamkan.

Apa yang boleh diharapkan mudah2an Allah mempercepatkan rezeki kita, dan rezeki kita tu nnt berada dalam keadaan sentiasa sihat tanpa dugaan2 lain.. =)

sue said...

betul suzie.. perasaan tu x penah dibuat2 dia dtg natural... org yg senasib saje yg mampu mendalaminya... amin semoga Allah mendengar doa kita dan memperkenankannya..amin..amin..ya rabbalalamin...