Friday, July 1, 2011

masih kuat berusaha

Assalamualaikum...

Salam jumaat, cepat betul masa berjalan tak sedar hari ni dah masuk bulan julai...dah nak puasa rupanya bulan depan InsyaAllah Syawal menjelma, Harus persiapkan diri kuatkan mental, kentalkan hati.. biasa la hari raya kan, pasti lah jumpa sanak saudara... soklan cepumas mesti tak miss punya. Senyum aje lah...

Semalam 30 jun 2011 aku pergi HUKM, macam biasa ade appointment dengan doktor hari ni, nak tahu result semua ujian yang telah aku buat. pukul 6.45 dah gerak dari rumah. Sampai HUKM pukul 8.05am. Ambil no, tunggu turn. Dua jam menunggu nombor aku pon naik. Alhamdulillah hari ni jumpa doc perempuan tapi aku lupa la nama beliau...

Mula-mula doc bagi tahu pasal ujian darah, doc cakap hormon aku tak balance. yang ni aku rasa sebab pemakanan dan senaman la... memang after kawen aku punya pemakanan main sebat aje senaman entah kemana. Lepas tu doc terangkan pasal ujian HSG alhamdulillah dua-dua tiub adalah baik, tidak tersumbat.. syukur... Last sekali doc explain pasal sperm test en daddy. semua ok but doc cakap harus makan vitamin untuk lebih cantik... aku senyum kambeng kepada en daddy... hihi selepas tu aku diarahkan membuat scan, doc nak tengok cyst dan fibroid aku membesar atau tak.

lima min lepas buat scan doc panggil semula, Doc cakap cyst aku dah takde tapi aku pelik la pulak pasal pegawai sains yang buat scan tu cakap cyst aku ade lagi (2.58cm) confius aku, aku tanye doc tapi doc cakap tak nampak cyst just nampak fibroid sahaja, ade tiga ketul kecik-kecik aje... tak pe next scan aku akan confirmkan.

Habis ujian untuk appointment kali ni, doc cakap tak ade problem yang serius and bole bantu aku dan en daddy, perkara yang aku paling senang dengan doc ini adalah dia amat sangat memahami, aku sempat berbual dengan beliau... aku cakap kadang-kadang stress.. tambah pulak nak raya and kalau bole aku nak cepat-cepat ade baby... jawapan doctor... "sabar saya faham, sebab saya pun empat tahun tunggu untuk dapat zuriat... saya buat semua.. iui, ivf...Sabar ye.." see sangat bersyukur sebab kali ni jumpa doktor yang punya naluri sama... yang pernah melalui perit getir untuk mendapatkan rezeki anak...

Doktor bagi clomid kat aku and vitamin pada en daddy, pastu doc suruh aku pilih sama ada aku nak makan clomid and buat secara natural atau nak ambil injection untuk pecahkan telur? aku??? kalo bole mahu pilih option yang kedua... tetapi sebab hujung bulan ini dah nak puasa harus fikir lagi... kira-kira date kat calendar... bulan ni tak boleh proceed untuk makan clomid lagi sebab... esok en daddy akan outstation ke london sampai 16 julai.. hari ini cik P sudah menjelma.. rasa macam tak sempat untuk make love pada hari subur... jadi ambil langkah selamat.. tidak mahu terburu-buru... keputusannya, aku tangguh makan clomid bulan depan dan cuba secara natural dahulu...

Harap bulan depan bole proceed untuk makan clomid....tak sabar nak menganjak ke langkah selanjutnya....

10 comments:

s h i b u y a said...

Alhamdulillah semuanya ok :)

modusoperandi111209 said...

insyallah =)

sy doakan juga.

~PeArL_PiNk~ said...

Awak... yang penting jangan putus asa untuk berusaha... Pearl pun dah 2 kali melalui iui.... iui kali ke2 ni Pearl x berapa confident sebab Pearl langsung x rasa sakit macam yg pertama dulu... semoga awak terus tabah....dan sama2 kita berusaha.. moga raya tahun ni ade khabar gembira untuk kita.. Amin...

sue said...

shi : thanks shiii...

modusoperandi : amin thanks...

pearl_pink : amin.. thnks awak hope iui awak kali ni berjaya, sy doakan :)...

hikari said...

wah.. tak ikot skali ke London ke?
takpe.. insyaAllah ada rezeki gak kali ni mana tau..

sue said...

hikari : huwaaa x ikot la.. ongkos nya nan ado :(... hikhikhik amin..amin...amin... hope kwn2 yg lain juga dapt berita indah menjelang ramadhan...:)

eKa said...

bestnya dapat kawan yg senasib...saya pun dah lama kawen tp lom ada rezki...pasni leh la kongsi2 psal ttc ni

sue said...

eka : sharing is caring :) selamat berkenalan eka...

Aishah Rahim said...

Sue, Aishah doakan semuanya akan berjalan selamat. Tak lama je lagi. Aishah pulak yang happy dan tak sabar. :)

sue said...

aisyah : thanks sya... amin... :)